GERAN UNIVERSITI

 

Tafsiran khusus geran penyelidikan adalah lebih menjurus kepada definisi geran penyelidikan mengikut parameter penting dalam pengurusan projek penyelidikan di setiap IPT. Tafsiran adalah merujuk kepada Dokumen Glosari MyRA pindaan 2017 serta amalan efektif Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, UTEM.

Kategori Punca Dana Tafsiran KOD
PJP Dana disalurkan oleh UTeM - Geran penggalakkan kepada penyelidik muda
- Penerima adalah penyelidik yang tidak pernah menerima sebarang geran penyelidikan dan bertaraf DS45
SXXXXX
Kesan Tinggi PJP Dana disalurkan oleh UTeM - Melahirkan kumpulan penyelidikan yang cemerlang
- Meningkatkan dan memperkasa kualiti penyelidikan dan inovasi (P&I) agar UTeM dapat menerajui kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti.
SXXXXX
Atas Bawah PJP Dana disalurkan oleh UTeM - Membangun dan meningkatkan penghasilan "quick win" yang menyokong nic universiti
- Merupakan projek penyelidikan yang membantu kepada penyelesaian masalah semasa di universiti
SXXXXX
IRMG(Padanan industri) Dana disalurkan oleh UTEM (menggunakan Dana Rakan Universiti Penyelidikan-MyRA) - Merupakan projek penyelidikan usaha sama di antara UTeM dan Rakan Industri yang akan membiayai kos projek secara sama rata iaitu 1:1 dalam tempoh tertentu
- Kemasukan dana daripada industri RM10,000 (minimum)
IXXXXX
AORG Dana disalurkan oleh UTEM (menggunakan Dana Rakan Universiti Penyelidikan-MyRA) - Dana ini diberikan kepada penyelidik untuk menjalankan projek penyelidikan berskala kecil dalam masa yang singkat dengan sokongan pihak industri. Geran ini memberi peluang penyelidikan penyelidik mendekati industri melalui kaedah penyelidikan
- Tiada sebarang dana daripada pihak industri
SXXXXX
Padanan IPT Antarabangsa Dana disalurkan oleh UTEM (menggunakan Dana Rakan Universiti Penyelidikan-MyRA) - Merupakan projek kerjasama dengan badan antarabangsa dan mempunyai MoA/MoU
- Tiada transaksi peruntukan daripada pihak antarabangsa tetapi memberi kredit kepada UTeM
SXXXXX
Padanan IPT Tempatan Dana disalurkan oleh UTEM (menggunakan Dana Rakan Universiti Penyelidikan-MyRA) - Merupakan projek kerjasama dengan mana-mana IPT dan mempunyai MoA
- Tiada transaksi peruntukan daripada pihak IPT tetapi memberi kredit kepada UTeM
SXXXXX