Latar Belakang

UTeM telah mengalami pencapaian yang ketara dalam aktiviti penyelidikan kerana ianya berwawasan untuk menjadi salah satu universiti teknikal yang inovatif dan kreatif yang terkemuka di dunia. Bilangan artikel yang diterbitkan dalam jurnal terkemuka telah meningkat dengan ketara. Peningkatan dalam pembiayaan penyelidikan dan bilangan pelajar pasca siswazah yang agak tinggi mencerminkan pertumbuhan yang berterusan di dalam  aktiviti penyelidikan. UTeM telah mengenal pasti "Teknologi Pembuatan Termaju" sebagai bidang tujahan. Bidang teras dan kluster penyelidikan yang merangkumi pelbagai bidang disiplin adalah faktor yang memberi kekuatan kepada fakulti dan seterusnya menjana aktiviti penyelidikan dan inovasi di university.

UTeM menyokong pakatan strategik antara industri dan penyelidik untuk mempercepatkan proses penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan serta memberikan kelebihan daya saing antara satu sama lain. Maklumat penyelidikan disebarkan kepada masyarakat dan industri secara meluas melalui seminar, persidangan, pameran dan pertandingan. Pemilikan paten baru telah dilindungi melalui Inisiatif Harta Intelek di Universiti. Pengekalan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di universiti telah dijana oleh UTeM melalui pembentukan kecemerlangan individu dan kumpulan, perangsangan perkembangan pemikiran inovatif, dan penciptaan sumber kekayaan yang lebih baik bagi individu, perniagaan dan masyarakat pada umumnya berdasarkan pada faedah ekonomi dan sosial sesebuah Negara,

UTeM telah menubuhkan sebuah pusat yang dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM)  bertujuan untuk menyelaras, menilai dan mempromosi semua aktiviti penyelidikan di Universiti dengan efektif. Pusat ini juga mengendalikan permohonan pengkomersilan untuk produk, teknologi dan perkhidmatan penyelidikan universiti.