TAKLIMAT MYGRANTS

 
 1

22 Mei 2013 – Bertempat di Bilik Latihan Pusat Komputer, telah diadakan satu sesi Taklimat Penggunaan Sistem MyGrants yang bertujuan untuk menerangkan kaedah penggunaan sistem yang lebih teratur meliputi pendaftaran serta penilaian permohonan geran penyelidikan. 

Taklimat ini telah disampaikan oleh wakil dari syarikat pembangun sistem iaitu Encik Qayyum bin Harun. Seramai 55 orang penyelidik dari pelbagai Fakulti telah menghadiri taklimat ini. Para peserta taklimat juga diberikan pendedahan untuk menggunakan sistem secara atas talian. Sistem MyGrants telah mula digunapakai oleh semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai Julai 2013.