UTeM CEMERLANG DI ITEX 2013

 
 1

9-11 Mei 2013 - UTeM telah menyertai 24th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Sebanyak 13 produk penyelidikan UTeM telah dipertandingkan di antara lebih 900 produk dari 20 buah negara. Daripada jumlah penyertaan tersebut, UTeM berjaya memperolehi 5 pingat emas, 5 pingat perak dan 1 pingat gangsa.