FAQ

FAQ in Bahasa Melayu
   
PENGURUSAN GERAN
 
1.
Dimanakah saya boleh mendapatkan dokumen penyelidikan seperti garis panduan dan polisi?
Anda boleh mendapatkan maklumat dokumen penyelidikan daripada capaian sistem URIS melalui portal UTeM.
 
2.
Apakah jenis geran penyelidikan yang ditawarkan oleh UTeM?
UTeM menawarkan skim geran penyelidikan PJP. Ia merangkumi PJP, PJP top Down dan PJP Prototaip.
 
3.
Apakah yang akan berlaku kepada kertas kerja cadangan permohonan geran sebelum dihantar kepada Kementerian?
Kertas kerja cadangan perlu melalui proses tambah baik melalui cadangan panel penilai geran universiti.
 
4.
Apakah langkah pertama permohonan geran KPM melalui sistem MyGRANTS?
Penyelidik perlu mendaftar ke sistem MyGRANTS dan pendaftaran itu perlu disahkan oleh pihak CRIM. Setelah pengesahan penyelidik dibenarkan membuat permohonan.
 
5.
Mengapakah permohonan geran penyelidikan saya selalu ditolak?
Terdapat beberapa alasan mengapa permohonan geran penyelidikan ditolak antaranya:
  • Tidak mengikut garispanduan permohonan geran
  • Kertas kerja tidak mencapai standard yang telah ditetapkan
  • Terlalu banyak technical error
  • Cadangan permohonan tidak selari dengan kehendak pengeluar geran 
   
6.
Bagaimanakah saya ingin mengetahui tarikh penting geran penyelidikan?
Kebiasannya pihak CRIM akan membuat pengumuman tarikh pembukaan geran melalui sistem URIS. Notifikasi ini merangkumi :
  • Tarikh Geran dibuka peringkat Kementerian
  • Tarikh Geran ditutup peringkat CRIM
  • Tarikh Peniliaian
   
7.
Apakah keperluan utama sebelum membuat permohonan menghadiri persidangan sebagai pembentang kertas kerja dengan dibiayai oleh geran penyelidikan?
Pemohon perlu menjadi ketua penyelidik atau ahli kepada geran penyelidikan yang ingin digunakan untuk membiayai persidangan.
 
8.
Apakah jurnal yang diiktiraf oleh UTeM?
Jurnal indeks ISI, Scopus, Google Scholar yang tidak disenarai hitam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jurnal terbitan IPT Kebangsaan, Jurnal terbitan UTeM.
 
 
GRA
 
1.
Bolehkah GRA menerima lebih dari satu sumber pembiayaan di peringkat pasca siswazah?
Tidak boleh.
 
2.
Jika TIDAK, apakah tindakan yang perlu diambil oleh ketua penyelidik dan GRA terlibat?
  Perlu memaklumkan kepada CRIM serta merta.
   
3.
Jika pihak universiti mengesan dua pembiayaan untuk GRA dalam masa pengajian pasca siswazah, apakah kesannya kepada GRA tersebut?
GRA perlu membayar semula kesemua jumlah pembiayaan (dari sumber geran) kepada Bendahari UTeM.
 
4.
Bolehkah GRA dilanjutkan pelantikannya selaras dengan pelanjutan projek?
Boleh. Pelanjutan tidak melebihi 24 bulan (Pelajar master) dan 36 bulan (pelajar PhD) tempoh keseluruhan lantikan bagi dan selari dengan tarikh tamat projek yang dilanjutkan.
 
5.
Bolehkah GRA dilantik kurang dari 6 bulan?
Tidak digalakkan kerana setiap GRA diwajibkan menghantar laporan prestasi secara berkala setiap 6 bulan. Maka pelantikan perlu lebih dari 6 bulan.
 
6.
Bolehkan dengan sebab-sebab tertentu GRA menarik diri dari meneruskan pengajian pasca siswazah?
Boleh, atas alasan yang munasabah dan dipersetujui oleh ketua projek. GRA tersebut dikehendaki menulis surat pemakluman pemberhentian kepada CRIM untuk penamatan pembayaran elaun GRA.
 
7.
Apakah tujuan kelas pengguna di perpustakaan oleh GRA / RA?
Tujuan kelas pengguna adalah untuk mempelajari knowledge management system di perpustakaan.
 
8.
Dimanakah ketua penyelidik dan GRA boleh mendapat penerangan lanjut tentang GRA?
  Penerangan lanjut berkenaan GRA boleh didapati dari Garis Panduan Pembantu Penyelidikan (Bil.1/2013). Garis panduan ini telah diedarkan kepada ketua penyelidik setiap kali penerimaan geran baru, di fakulti dan boleh diakses di URIS.
   
9.
Bolehkah pelajar yang dilantik GRA menukar status ke RA?
  Tidak boleh kerana GRA hanya dilantik kepada pelajar pasca siswazah sahaja. Manakala RA adalah pembantu penyelidikan yang masih belum menerima tawaran pengajian dari PPS.
   
10.
Bolehkah GRA tidak swipe kehadiran harian?
  Tidak boleh kerana pembayaran elaun bulanan dikira berdasarkan kepada prestasi kehadiran GRA.
   
11.
Adakah GRA perlu mendaftar di URIS?
  Ya untuk bagi membolehkan rekod kehadiran harian tercatat dalam URIS untuk tuntutan elaun bulanan.
   
12.
Apakah indicator ukuran prestasi GRA?
  Setiap GRA WAJIB menghasilkan sekurang-kurangnya satu penerbitan berkaitan tajuk penyelidikan dalam tempoh pelantikan.
   
 
 
PERMOHONAN MENGHADIRI PERSIDANGAN
 
1.
Apakah kriteria persidangan yang disokong oleh UTeM?
Persidangan yang disokong oleh UTeM adalah seperti berikut:
  • Berimpak tinggi
  • Persidangan yang matang yakni telah dianjurkan lebih daripada empat (4) kali kekerapan bagi luar Negara dan lebih daripada tiga (3) kali kekerapan bagi dalam Negara serta diindek oleh SCOPUS atau ISI atau keduanya.
  • Penganjur persidangan mempunyai pendaftaran sah di bawah organisasi yang dinamakan seperti berikut:
     Universiti,
     Industri bertauliah,
     Persatuan berdaftar dan dianggotai oleh ahli akademik dengan tempoh pendafaran lebih daripada dua tahun
  • Prosiding persidangan perlu mendapat Indeks SCOPUS atau ISI atau keduanya. Artikel yang diterima masuk ke persidangan haruslah mempunyai bukti sahih menyatakan ia pasti diterbitkan ke jurnal berindeks SCOPUS, ISI atau keduanya tanpa sebarang bayaran tambahan.
  • Rujuk dokumen Pemakluman Persidangan Berimpak
 
2.
Bagaimanakan kaedah mendaftar persidangan di kalendar persidangan di URIS sekiranya butiran persidangan tiada dalam kalendar seminar di URIS?
Pemohon perlu mengisi Borang Daftar Seminar (RND013) dan serahkan kepada CRIM secara hardcopy / softcopy.
 
3.
Siapakah yang boleh memohon menghadiri persidangan / membentang kertas kerja?
Sila rujuk jadual di bawah dan Garis Panduan Pembantu Penyelidikan Bi. 1/2013
Geran
Ketua Penyelidik &
Penyelidik bersama
GRA
RA
Geran Luar
  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Dalam Negara
  • Luar Negara (PHD & warganegara Malaysia)
  • Dalam Negara sahaja
PJP
  • Dalam Negara
  • Luar Negara (ASEAN sahaja)
Dalam Negara sahaja
 
4.
Bagaimana cara untuk memohon jika GRA / RA ingin menjadi peserta / pembentang kertas kerja persidangan?
Permohonan perlu dibuat oleh ketua penyelidik melalui URIS selagi pelantikan GRA / RA masih aktif bagi persidangan dalam Negara sahaja.
 
5.
Apakah sumber kewangan untuk menampung yuran penyertaan ke persidangan?
Sumber kewangan adalah daripada bajet geran atau fakulti.
 
6.
Apakah yang perlu dibuat jika bajet geran (vot 21000) tidak mencukupi?
Ketua penyelidik perlu membuat viremen terlebih dahulu.
 
7.
Jika kelulusan telah diterima, bolehkah pemohon membatalkan kehadiran ke persidangan tersebut atau mengganti peserta?
Boleh dengan mengemukakan surat pemberitahuan kepada CRIM.
 
8.
Apakah yang perlu dibuat jika permohonan tidak dapat dilakukan di URIS selepas tempoh yang ditetapkan?
Pemohon perlu menghantar surat rayuan kepada CRIM bagi mengaktifkan semula URIS.
 
9.
Jika penyelidik yang ingin menghadiri persidangan tiada sumber kewangan, bolehkah memohon sumber kewangan CRIM?
Tidak boleh.
 
10.
Apakah yang perlu dibuat jika geran yang ingin digunakan tiada tersenarai dalam sumber kewangan yang terdapat dalam URIS?
Ketua penyelidik dikehendaki mendaftar butiran penyelidikan di URIS terlebih dahulu.
 
11.
Apakah yang perlu dibuat jika penyelidik bersama ingin memohon tetapi namanya tidak tersenarai dalam geran tersebut di URIS?
Ketua penyelidik perlu mendaftarkan nama penyelidik bersama yang terlibat sebagai ahli projek terlebih dahulu (mengikut senarai nama dalam surat tawaran geran).
 
12.
Apakah yang perlu dibuat selepas menghadiri persidangan?
Pemohon perlu menghantar laporan menghadiri persidangan melalui URIS dengan memuat naik Borang RND015 beserta kertas kerja yang dibentang dan sijil penyertaan dalam tahun semasa.
 
   
PERMOHONAN PEMBAYARAN PENERBITAN ARTIKEL DI JURNAL 
 
1.
Siapakah yang boleh memohon penerbitan kertas kerja?
Ketua penyelidik, penyelidik bersama. Penerbitan yang dihasilkan oleh GRA / RA boleh dipohon oleh ketua penyelidik / penyelidik bersama.
 
2.
Apakah sumber kewangan untuk menampung yuran penerbitan?
Sumber kewangan adalah daripada bajet geran, fakulti atau CRIM (jika tiada geran).
 
3.
Apakah yang perlu dibuat jika bajet geran (vot 29000) tidak mencukupi?
Ketua penyelidik perlu membuat viremen terlebih dahulu.