BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN URIS

uris1

uris1

uris1

uris1

uris1

Bengkel Pemantapan Penggunaan URIS telah diadakan pada 17 Julai 2014. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Pusat Komputer bagi melihat penambahbaikan pada sistem URIS. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Ia dihadiri oleh Ketua Bidang Fokus, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Ketua Kumpulan Penyelidikan.

Melalui bengkel ini, segala cadangan penambahbaikan URIS dikumpulkan dan dibuat penilaian sebelum memberikan maklum balas kepada pengguna URIS. Penambahbaikan URIS dibuat dari semasa ke semasa secara berperingkat mengikut keutamaan oleh CRIM dan Pusat Komputer. Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat antara Pusat Komputer, CRIM dan beberapa pihak berkaitan diadakan bagi memperhalusi cadangan yang diberikan peserta bengkel. Roadshow ke fakulti akan diadakan setelah sistem ini mantap sedikit masa lagi.