LAWATAN PUSAT PENYELIDIKAN IPTA

lawatan1

lawatan1

lawatan1

lawatan1

lawatan1

lawatan1

lawatan1

CRIM telah mengadakan beberapa siri lawatan ke Pusat Penyelidikan IPTA seluruh negara sekitar Mei dan September 2014. Ia diadakan bagi melihat amalan terbaik IPTA lain dalam aspek pengurusan penyelidikan selain membincangkan beberapa isu dan prosedur pengurusan penyelidikan yang lebih sistematik .

Antara IPTA yang dikunjungi adalah UTHM, USM, UNIMAP, UTM, UUM, UM dan UKM. Banyak pengalaman berharga dari IPTA yang dikunjungi boleh dijadikan rujukan bagi penambahbaikan sistem tadbir urus di CRIM

Lawatan disertai oleh pengarah, timbalan pengarah dan beberapa staf CRIM. Lawatan ini juga adalah bagi bertukar-tukar idea selain merapatkan hubungan antara pusat penyelidikan.