BENGKEL PEMERKASAAN PANEL PENILAI GERAN FRGS

frgs15-1

frgs15-2

frgs15-3

frgs15-4


 

BENGKEL PEMERKASAAN PANEL PENILAI GERAN FRGS

Bengkel ini telah berlangsung pada 28 Januari 2015 di Bilik Jamuan Auditorium Canselori. Penceramah berpengalaman luas dalam bidang penilaian Geran FRGS iaitu Y.Bhg. Prof. Dr. Rosziati binti Ibrahim telah dijemput memberi penerangan tentang tip-tip menilai proposal penyelidikan yang berkualiti. Bengkel ini telah dihadiri oleh panel penilai geran UTeM yang dilantik oleh CRIM kira-kira 40 orang yang terdiri daripada Profesor dan Profesor Madya.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk memberi garis panduan kepada penilai tentang elemen yang perlu diutamakan semasa penilaian, format proposal yang perlu dipatuhi oleh pemohon, kesilapan kecil yang sering diabaikan oleh pemohon mahupun penilai dan pengurusan penilaian proposal di peringkat universiti.  Banyak input yang telah diperoleh peserta sepanjang bengkel berlangsung.  Beberapa cadangan penambahbaikan pengurusan penyelidikan yang dikongsikan oleh penceramah turut menarik perhatian peserta.

CRIM akan menganjurkan bengkel yang sama untuk Geran Science Fund dan PRGS tidak lama lagi.