KLINIK PENGURUSAN BAJET PENYELIDIKAN

klinik1

klinik2

klinik3

klinik4

KLINIK PENGURUSAN BAJET PENYELIDIKAN

Ceramah selama dua jam telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Roslinda Ithnin, Pengarah, Pusat Pengurusan Geran Penyelidikan Universiti Malaya di Auditorium Canselori pada 8 April 2015 telah dihadiri oleh kira-kira 40 orang staf akademik UTeM.

Pengurusan kewangan tidak hanya berbentuk pembelian perkakasan penyelidikan semata-mata tetapi ia merangkumi hasil penyelidikan seperti pengurusan GRA, permohonan artikel ke jurnal dan menghadiri persidangan. Pekeliling Perbelanjaan Berhemah yang dikeluarkan oleh kementerian mestilah dipatuhi oleh penyelidik dalam membuat sebarang pembelian. Penceramah juga menasihatkan bahawa Ketua Projek perlu meneliti proposal dan perancangan bajet sebelum permohonan dilakukan. Ia bagi mengelakkan kegagalan melakukan projek secara terancang.

Penceramah menekankan antara lain cara menguruskan kewangan berdasarkan time frame yang dirancang semasa memohon geran, tips melantik GRA dari luar negara, penjimatan dalam pengurusan kewangan dan pembelian aset penyelidikan yang berhemah. Turut dicadangkan adalah audit perolehan, audit aset dan audit hasil penyelidikan.  Penyelidik juga dinasihatkan memberi fokus kepada setiap progres penyelidikan dari sudut hasil kajian, GRA, pelaporan, penggunaan kewangan yang mengikut prosedur yang ditetapkan.