Aluan Yg Bhg Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi

manage_tncDrJailani

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan kesempatan untuk saya memberikan kata aluan di dalam laman web ini. Terima kasih dan tahniah diucapkan atas daya usaha yang dilakukan sejajarkan dengan perubahan dan perkembangan terkini Universiti. 

Saya berharap laman web ini menjadi salah satu platform untuk menghubungkan seluruh warga Universiti dan juga menjadi media penyalur maklumat yang berkesan kepada orang ramai untuk mengikuti dan melihat sendiri perkembangan aktiviti penyelidikan dan inovasi bermula daripada aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (Research, Development & Commercialization) hasil penyelidikan.

Sesungguhnya dengan adanya laman web ini, Universiti telah melangkah setapak kehadapan untuk terus bersaing dan berjuang bersama-sama dalam arus teknologi maklumat ini. Kepentingan laman ini tidak perlu disangkal kerana ia merupakan salah satu medium komunikasi masakini. Justeru, kewujudannya diharap menjadi pemangkin kepada peningkatan warga Universiti khususnya untuk maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penyelidikan dan inovasi. Bagi menjayakan dan menguruskan hal ehwal berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) ditubuhkan yang diketuai oleh seorang Pengarah.

Akhir kalam, saya mengalu-alukan kepada semua warga Universiti sekiranya mempunyai sebarang maklumbalas kepada kami supaya laman web ini akan lebih interaktif dan berinformasi.

Sekian, wassalam

Terima kasih

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Profesor IR Dr Mohd Jailani Mohd Nor