Mengenai Kami

Sebagai sebuah negara sedang menuju kepada peningkatan kualiti pendidikan yang lebih tinggi, aktiviti penyelidikan Universiti menjadi penting. Negara memerlukan universiti berorinetasikan teknikal dan teknologi tinggi yang maju dan berdaya saing dalam menyokong cabaran industri. Menyedari kepentingan universiti dalam memberi sumbangan kepada keberhasilan utama negara, Universiti telah menubuhkan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) untuk merancakkan aktiviti penyelidikan dan perundingan dikalangan staff akademik.

Pusat ini memainkan peranan strategik dalam menyokong dan memastikan memperjuangkan bidang teras universiti Bidang Teras Universiti. Sebagai entiti penyelidikan universiti, CRIM komited dalam menguruskan dana Penyelidikan dan Pembangunan yang diterima daripada kedua-dua badan dalaman dan luaran. Dengan sokongan tenaga pakar terkemuka dari pelbagai fakulti, CRIM akan terus merangsang pertumbuhan dan pemikiran inovatif kepada komuniti. Selain itu CRIM juga bertanggunjawab mencari peluang pengkomersilan bagi produk penyelidikan dan konsultansi.

Selaras dengan hasrat universiti untuk dikenali dimata dunia, CRIM mengambil inisiatif dalam memastikan produk penyelidikan memberi impak positif kepada masryarakat, eknomi, budaya, kesejahteraan dan kelastarian dalam kehidupan.

OBJEKTIF

1. Untuk memupuk budaya penyelidikan dan inovasi merentasi berbagai disiplin ilmu bagi meningkatkan kualiti penyelidikan;
2. Untuk meningkatkan kecemerlangan hasil penyelidikan dan inovasi seiring dengan meningkatkan prestasi ahli akademik dan pelajar;
3. Untuk memperkasakan komuniti dengan teknologi terkini agar dapat menyumbang kepada pertumbuhan positif ekonomi negara melalui penyelidikan dan inovasi;
4. Untuk meningkatkan kualiti penyelidikan dalam kajian ilmu asas dan gunaan bagi pengeluaran tenaga kerja mahir negara;
5. Untuk menggandakan kemampuan pelajar dan staf dalam peciptaan baru berasaskan sains dan teknologi agar dapat menjana kekayaan dan kesejahteraan Negara;
6. Untuk memajukan ilmu pengetahuan dan mengeluarkan saintis terlatih negara bagi memenuhikeperluan pengguna dan benefisiari, seterusnya menyumbang kepada daya saing ekonomiMalaysia;
7. Untuk mendukung wawasan Universiti untuk menjadi sebuah universiti terkenal teknikal di duniayang inovatif dan kreatif.

FUNGSI

Merancang, melaksana dan tadbir urus Pengurusan Penyelidikan Universiti; merangkumi pengurusan projek penyelidikan, pengurusan geran, pengurusan kecemerlangan bakat dan pengurusan hasil penyelidikan