Bidang Kajian

KECEMERLANGAN DALAM PENYELIDIKAN BERFOKUS DAN BERINOVASI

UTeM telah mengenalpasti bidang fokus utama selaras dengan keistimewaan dan keunikan tenaga pakar universiti. Bidang ini mendapat perhatian utama dari segi keperluan sumber manusia, perkakasan, peruntukan kewangan dan keutaman kerana ianya menampakkan keunikan university. UTeM telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidan nic yang memerlukan kerjasama seluruh fakulti di UTeM dan iainya disokong dengan empat bidang utama seperti berikut

trustmelayu

Bidang fokus UTeM bersifat multi-disiplin  kerana ia melibatkan kesepaduan fakulti, pusat penyelidikan, institusi dan makmal dalam universiti. Universiti mengguna pakai pendekatan strategic dalam mendapatkan faedah setiap disiplin ilmu dan diadaptasikan dalam empat bidang fokus universiti.

Kluster penyelidikan dibawah bidang utama ini telah berjaya menghubungkan penyelidik dengan kepakaran pelbagai  disiplin ilmu dari UteM serta koloborasi terkesan rakan industri dan institusi dana. Kluster penyelidikan di UTeM  merupakan pusat kecemerlangan yang mengumpulkan kreativiti dan inovasi melalui percambahan ilmu dan pembudayaan penyelidikan mengikut keperluan.