Skip to main content

19 PENERIMA GERAN PENYELIDIKAN JANGKA PENDEK (PJP) UTeM 2021

Seramai 19 penyelidik telah diumumkan sebagai penerima Geran Penyelidikan Jangka Pendek UTeM 2021.  Pengumuman itu telah disampaikan oleh Prof. Dr. Zahriladha Zakaria, Pengarah CRIM melalui medium WEBEX pada 7 Disember 2021.  Geran PJP merupakan geran penggalakan kepada penyelidik muda ataupun penyelidik yang baru menamatkan pengajian PhD supaya momentum penyelidikan dapat diteruskan.

 CRIM dan seluruh warga UTeM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima.