Kejayaan Penyelidik UTeM Menerima Geran Industri MYTRIBOS
Dua orang penyelidik UTeM iaitu Encik Hilmi Bin Amiruddin dan Prof. Madya Dr. Mohd Fadzli Bin Abdollah telah berjaya menerima Geran Industri MYTRIBOS daripada Malaysian Tribology Society bernilai RM12,000. Kedua-dua mereka merupakan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Projek penyelidikan ini diketuai oleh Encik Hilmi manakala Prof. Madya Dr. Mohd Fadzli merupakan penyelidik bersama.
CRIM mengucapkan tahniah dah syabas di atas kejayaan ini dan semoga projek penyelidikan akan berjalan lancar serta memberi inspirasi kepada seluruh warga UTeM.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.