UTeM BANGUNKAN SISTEM FERTIGASI IoT BANTU TINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PEMBAJAAN DAN HASIL TANAMAN SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA

UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara


MELAKA, 20 September: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Sistem Fertigasi Internet of Thing (IoT) bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, Sistem Fertigasi IoT ini dapat membantu golongan petani untuk memantau data asas pertanian dan mengawal proses pembajaan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar sahaja.

Jelas beliau, sistem ini memberikan impak besar buat sektor agro dalam negara kerana ianya sangat membantu dan menjimatkan masa bagi pengurusan dan pengendalian kebun atau ladang.

“Kejayaan UTeM membangunkan sistem ini sama seperti membawa teknologi moden ke dalam sektor agromakanan negara serta bertindak sebagai pemangkin kebolehcapaian Dasar Agromakanan Negara 2.0,” katanya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.

Projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Fertigasi IoT ini dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Dr. Fakrulradzi Idris bersama Ir. Dr. Anas Abdul Latiff yang juga pensyarah FKEKK serta berperanan sebagai Pengurus Projek ini dan Pembantu Penyelidik Siswazah FKEKK, Muhammad Amirul Buntat.

Menyentuh mengenai penyelidikan pembangunan sistem Fertigasi IoT ini, Dr. Fakrulradzi menyatakan kerja penyelidikan projek ini bermula sejak akhir 2019 sehingga kini dan ianya merangkumi 3 fasa pengujian bagi menguji kemampanan Sistem Fertigasi IoT ini.

“Pengujian fasa 1 bermula dari Disember 2020 hingga Mei 2021 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman terung mini berjumlah 120 beg poli.

“Pengujian fasa 2 pula melibatkan keberkesan sistem untuk komuniti luar dan projek ini bermula dari Jun 2021 sehingga Disember 2021 di Kebun Komuniti Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh, Melaka milik TTU Agro Farm melibatkan penanaman 500 beg poli cili centil dan cili kulai.

“Sementara itu, pengujian fasa 3 bermula dari Ogos 2021 sehingga Januari 2022 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman rockmelon dan timun kecil berjumlah 90 beg poli,” ujarnya.

Mengupas mengenai tahap keberkesanan pelaksanaan Sistem Fertigasi IoT ini, Dr Fakrulradzi berkata, berdasarkan pengujian untuk fasa 1 dan fasa 2 menampakkan pengurangan penjimatan penggunaan baja sebanyak 30% manakala hasil tuaian pula lebih daripada kadar biasa dan tempoh penanaman pula berjaya disingkatkan.

Ujarnya, projek ini dibiayai oleh UTeM menerusi Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) program 2020 mengambil masa pembangunan sistem ini dalam tempoh 15 bulan.

Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.

“Teknologi yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata,” ujarnya lagi.

sumber : News@UTeM

Lain-Lain


Digital Clock with Glowing Effect | CodingNepal

Ikuti Kami


Waktu Operasi

8:00AM - 5:00PM | ISNIN - JUMAAT

Kata Kunci

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi,
Blok A, Aras 1,
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tel : +606 - 270 1301
Faks : +606 - 270 6075
Emel : crim@utem.edu.my


0035328
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 1
This Month : 28
This Year : 148
Total Visit : 35328
Hits Today : 981
Total Hits : 924910
Server Time: 23-05-28

Kemaskini Terakhir:

Copyright © 2021 CRIM | Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi