Sekitar sesi Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri II yang telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium FKP. Bengkel bagi edisi kali ini adalah berfokuskan kepada domain Teknologi & Kejuruteraan dalam bidang Elektrik & Elektronik. Sesi bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Zahriladha Zakaria, Pengarah CRIM dan diteruskan dengan sesi taklimat bersama penceramah jemputan, Prof. Ir. Dr. Ismail Musirin iaitu salah seorang panel penilai dana penyelidikan KPT. Agenda berikutnya ialah sesi pemurnian proposal FRGS bersama penceramah jemputan yang dijalankan pada sebelah petang. Seramai 35 orang penyelidik UTeM telah menyertai sesi bengkel ini.
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Ir. Dr. Ismail Musirin yang telah sudi meluangkan masa untuk menjayakan Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri II ini.
Semoga sesi bengkel yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua penyelidik UTeM dalam membuat persiapan untuk permohonan Geran FRGS 2023 kelak.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.