Jerayawara Informatif CRIM – Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK)
5 Disember 2022
Sesi ketiga Jerayawara Informatif CRIM telah diadakan pada hari ini bersama staf dari Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) di Dewan Seminar FTMK. Bagi edisi kali ini, pelbagai cadangan dan pertanyaan telah diutarakan oleh staf FTMK kepada pihak CRIM. Semoga sesi ini menjadi platform yang bermanfaat untuk perkongsian maklumat berkenaan peranan CRIM UTeM dalam ekosistem P&I di UTeM.
Jutaan penghargaan dirakamkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Naim Che Pee, Pengurus C-ACT dan staf FTMK yang dapat hadir ke sesi ketiga Jerayawara Informatif CRIM.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.