Jerayawara Informatif CRIM – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)
22 Disember 2022
Sekitar sesi Jerayawara Informatif CRIM (JIC) yang telah diadakan pada hari ini di Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB), Kampus Induk UTeM. Sesi ini merupakan sesi yang kelapan dan penutup bagi siri JIC tahun 2022. Turut hadir ke sesi kali ini ialah Puan Nurlisa Loke Abdullah, Dekan PPB dan Dr. Linda Khoo Mei Sui, Timbalan Dekan (Akademik) PPB.
Jutaan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Dekan PPB dan semua staf dari PPB yang dapat meluangkan masa mengikuti sesi jerayawara kali ini. Siri JIC bakal kembali lagi pada tahun 2023.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.