Skip to main content

Pemakluman Pembukaan Permohonan Dana Konsurtium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2021 


Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi telah mewujudkan satu inisiatif baru di bawah Program HICoE iaitu Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) yang bertujuan untuk memantapkan lagi kerjasama di antara CoE/kumpulan penyelidik dalam aktiviti penyelidikan bidang nic. KKP adalah salah satu platform untuk menggalakkan CoE di IPT ke arah memperoleh penarafan sebagai HiCoE.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan dana KKP 2021 telah dibuka mulai dari 13 April 2021 sehingga 27 Mei 2021 berdasarkan kepada 14 bidang nic. Para penyelidik UTeM yang berminat untuk memohon dikehendaki merujuk kepada emel pemakluman berkenaan tarikh-tarikh penting di peringkat Universiti bagi permohonan dana ini.