asiatogel88

jangkrik4d

ekotogel

Author: crim

Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV

Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV


Back

19 Januari 2023
Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV telah berlangsung di Dewan Seminar FPTT, Kampus Teknologi UTeM dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.
Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak CRIM UTeM di bawah Program “Road to KPT Grants 2023”.
Bengkel bagi siri kali ini adalah berfokuskan kepada domain sains sosial & pengurusan. Penceramah dan mentor jemputan ialah Dr. Nurul Fadly Habidin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pengisian bengkel dipadatkan dengan lima pembentangan utama yang merangkumi penerangan elemen dalam proposal, panduan/tips penulisan bagi setiap elemen dalam proposal, contoh-contoh gaya penulisan proposal yang berjaya, dan perkongsian kaedah penjajaran elemen dalam proposal melalui jadual khas.

Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Dr. Nurul Fadzly Habidin kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dalam membuat persiapan untuk permohonan Geran FRGS 2023 kelak.



Continue reading

Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III

Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III


Back

17 Januari 2023

Sekitar sesi Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III yang telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium FKP, Kampus Induk UTeM. Siri bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak CRIM UTeM di bawah Program “Road to KPT Grants 2023” dan merupakan siri bengkel yang ketiga. Penceramah dan mentor jemputan bagi siri kali ini ialah YBrs. Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud dari Universiti Utara Malaysia. Bengkel dimulakan dengan taklimat berkenaan Garis Panduan Permohonan FRGS pada sebelah pagi dan sebelah petang pula merupakan sesi penambahbaikan proposal permohonan bersama penceramah jemputan.

Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri III ini. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dan nantikan siri bengkel yang seterusnya pada 19 Januari 2023.

  • 1

  • 9

  • 11

  • 6

  • 10

Continue reading

Jerayawara Informatif – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)

Jerayawara Informatif – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)


14 Disember 2022

Sesi Jerayawara Informatif CRIM diteruskan lagi di Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK). Siri jerayawara kelima ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Safiah Sidek, Dekan IPTK. Seperti edisi terdahulu, pihak CRIM UTeM telah menerima pelbagai input berguna dalam memantapkan lagi strategi dan insentif berkenaan ekosistem penyelidikan & inovasi di UTeM. Jutaan penghargaan dizahirkan kepada Dekan IPTK dan semua staf IPTK yang dapat meluangkan masa mengikuti sesi jerayawara kali ini.

Continue reading

Bengkel Bistari CRIM Siri II

Bengkel Bistari CRIM Siri II


15 Disember 2022

Bengkel Bistari CRIM Siri II bagi Program Bimbingan Penulisan Jurnal Bidang Sains & Teknologi Berimpak Tinggi bermula hari ini dengan Sesi Pengenalan disampaikan oleh Dr. Iskandar Waini dan Ts. Dr. Nurul Hanim Razak.

Program bimbingan berstruktur ini dijangka mampu melonjakkan kualiti penerbitan jurnal sedia ada ke tahap yang lebih berimpak.

Pemantaun Fasa 1 bakal dilaksanakan pada minggu ke-4 Januari 2023, dan seterusnya pemantauan Fasa 2 pada minggu ke-4 Februari 2023.

Terima kasih kepada semua mentor yang hebat 😎!, dan semua mentee yang penuh berdedikasi 😎.

Continue reading

Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri I

Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri I


19 Disember 2022

Sekitar sesi Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri I yang telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium FKP, Kampus Induk UTeM. Siri bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak CRIM UTeM di bawah Program “Road to KPT Grants 2023” dalam membantu para penyelidik UTeM menyediakan proposal permohonan yang berkualiti. Penceramah dan mentor jemputan bagi siri kali ini ialah YBrs. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel dimulakan dengan taklimat berkenaan Garis Panduan Permohonan FRGS pada sebelah pagi dan sebelah petang pula merupakan sesi penambahbaikan proposal permohonan bersama penceramah jemputan.

Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Prof. Dr. Che Hassan Che Haron kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri I ini. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dan nantikan siri bengkel yang seterusnya pada bulan Januari 2023.

Continue reading

Jerayawara Informatif – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)

Jerayawara Informatif – Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)


20 Disember 2022

Sekitar sesi Jerayawara Informatif CRIM di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM). Sesi selama satu jam ini bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan peranan CRIM UTeM, ekosistem dan strategi penyelidikan & inovasi UTeM kepada para staf akademik di FKM. Turut hadir ke sesi ini ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Fadzli Abdollah, Dekan FKM dan YBrs. Prof. Ts. Dr. Noreffendy Tamaldin, Pengarah Pusat Pembuatan Termaju (AMC).

Jutaan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Dekan FKM dan staf akademik FKM yang dapat hadir ke sesi jerayawara kali ini.

Continue reading

Sesi Jerayawara Informatif – FTKEE, FTKMP, FPTT

Sesi Jerayawara Informatif – FTKEE, FTKMP, FPTT


21 Disember 2022

Sesi Jerayawara Informatif CRIM yang ketujuh telah diadakan pada hari ini di Dewan Seminar FTKEE, Kampus Teknologi UTeM. Sesi kali ini melibatkan penyertaan staf dari 3 fakulti iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FTKMP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) dan Fakulti Pengurusan Teknologi & Teknousahawanan (FPTT).

Jutaan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua staf dari FTKMP, FTKEE dan FPTT yang dapat meluangkan masa mengikuti sesi jerayawara kali ini. Sesi jerayawara seterusnya akan diadakan di Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB) pada 22 Disember 2022.

Continue reading

Jerayawara Informatif CRIM – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)

Jerayawara Informatif CRIM – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)


22 Disember 2022

Sekitar sesi Jerayawara Informatif CRIM (JIC) yang telah diadakan pada hari ini di Pusat Pembelajaran Bahasa (PPB), Kampus Induk UTeM. Sesi ini merupakan sesi yang kelapan dan penutup bagi siri JIC tahun 2022. Turut hadir ke sesi kali ini ialah Puan Nurlisa Loke Abdullah, Dekan PPB dan Dr. Linda Khoo Mei Sui, Timbalan Dekan (Akademik) PPB.

Jutaan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Dekan PPB dan semua staf dari PPB yang dapat meluangkan masa mengikuti sesi jerayawara kali ini. Siri JIC bakal kembali lagi pada tahun 2023.

Continue reading

Sesi Penilaian Pembentangan Projek di bawah Dana Padanan Industri MTUN-KPT

Sesi Penilaian Pembentangan Projek di bawah Dana Padanan Industri MTUN-KPT


14 November 2022

Sekitar sesi penilaian bagi pembentangan projek di bawah Dana Padanan Industri MTUN-KPT yang telah berlangsung di RMC UTHM. Panel UTeM telah diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Faaizah Shahbodin (Ketua Panel), Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan (Timbalan Pengarah CRIM), Prof. Madya. Dr. Mohd Juzaila Abd Latif dan Ir. Dr. Anuar Mohamed Kassim. Panel UTeM turut diiringi oleh En. Azman Mat Aris (Penolong Pendaftar Kanan CRIM) dan En. Mohd Khairy Ismail (Pegawai Penyelidik CRIM). Sesi penilaian dimulai dengan taklimat ringkas bersama Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTHM dan Prof. Dr. Nafarizal Nayan, Pengarah RMC UTHM. Sebanyak 10 projek telah dibentangkan oleh Ketua Penyelidik dari UTHM.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak RMC UTHM dan ketua-ketua penyelidik yang terlibat di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang berlangsungnya sesi penilaian.

#MTUNterusmaju

Continue reading

Lain-Lain


Digital Clock with Glowing Effect | CodingNepal

Ikuti Kami


Waktu Operasi

8:00AM - 5:00PM | ISNIN - JUMAAT

Kata Kunci

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi,
Blok A, Aras 1,
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tel : +606 - 270 1301
Faks : +606 - 270 6075
Emel : crim@utem.edu.my


0035450
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 0
This Month : 1
This Year : 270
Total Visit : 35450
Hits Today : 381
Total Hits : 1097593
Server Time: 23-10-01

Kemaskini Terakhir:

Copyright © 2021 CRIM | Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi