Skip to main content

Author: crim

Iklan Kekosongan Lantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (Graduate Research Assistant)

IKLAN KEKOSONGAN LANTIKAN PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH (GRADUATE RESEARCH ASSISTANT)


BACK

Pihak CRIM UTeM dalam proses untuk mendapatkan calon-calon bagi mengisi kekosongan lantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) di bawah pembiayaan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), KPT. Melalui skim ini, GRA yang bakal dilantik berpeluang untuk mengikuti pengajian peringkat pascasiswazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka – UTeM. Calon-calon yang berkelayakan boleh terus menghubungi Ketua Penyelidik bagi projek-projek yang berikut.

Continue reading

HEBAHAN PEMBUKAAN GERAN MYLAB FASA 1/2023

HEBAHAN PEMBUKAAN GERAN MYLAB FASA 1/2023


BACK

Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang pengkomersilan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah membuka permohonan Geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Fasa 1 Tahun 2023, bermula pada 4 September 2023 sehingga 30 November 2023 (penghantaran full proposal).

TARIKH-TARIKH PENTING URUSAN PERMOHONAN GERAN MYLAB PERINGKAT CRIM
2 Oktober 2023:
Penghantaran slaid Project Pitching

3 – 4 Oktober 2023:
Penilaian & pembentangan peringkat Universiti

6 Oktober 2023:
Penghantaran slide ke KPT

Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui slaid project pitching kepada pihak CRIM UTeM (Emel: seksyengerancrim@utem.edu.my) selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2023 (Isnin). Format slaid dan dokumen permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://shorturl.at/uzVXZ.

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM
Pusat Kecemerlangan – CoE UTeM
Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi – UTeM 

Continue reading

“Think quality: Do it right the first time”

“Think quality: Do it right the first time”


BACK



Sekiranya tuan puan masuk daripada pintu utama, jelas kelihatan meja merah di satu sudut dan terdapat tray untuk meletakkan dokumen. Sudut ini disediakan untuk penyelidik menghantar dokumen berkaitan geran penyelidikan. Turut dipamerkan ialah senarai semak yang boleh dirujuk untuk memastikan dokumen lampiran mencukupi. Sekiranya masih tidak jelas, Pn. Masuriya, Pn. Awin, Pn. Isma dan Cik Aqila sedia membantu.
“Think quality: Do it right the first time”

Continue reading

Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Anugerah Jasa Bakti

Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kepada Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Dan Anugerah Jasa Bakti


BACK

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Puan Masuriya Hani Ab. Wahid dan Puan Noor Izwanni Amil sebagai Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan sebagai Penerima Anugerah Jasa Bakti. Anugerah telah disampaikan oleh YBrs. Naib Canselor UTeM di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Sanjungan Universiti 2022 yang berlangsung pada 10 Ogos 2023.
Seluruh warga CRIM meraikan pencapaian ini dan semoga meneruskan perkhidmatan yang cemerlang.

Continue reading

TAHNIAH!!! KEPADA PENYELIDIK YANG TELAH BERJAYA MENERBITKAN PENERBITAN ARTIKEL JURNAL BERIMPAK Q1 DAN Q2 DI WOS (JANUARI – JUN 2023)

TAHNIAH!!! KEPADA PENYELIDIK YANG TELAH BERJAYA MENERBITKAN PENERBITAN ARTIKEL JURNAL BERIMPAK Q1 DAN Q2 DI WOS (JANUARI – JUN 2023) 👍


BACK




TAHNIAH!!! KEPADA PENYELIDIK YANG TELAH BERJAYA MENERBITKAN PENERBITAN ARTIKEL JURNAL BERIMPAK Q1 DAN Q2 DI WOS (JANUARI – JUN 2023) 👍

Continue reading

Penghargaan serta jutaan terima kasih kepada YBrs. Prof. Dr. Zahriladha Bin Zakaria

Penghargaan serta jutaan terima kasih kepada YBrs. Prof. Dr. Zahriladha Bin Zakaria


BACK

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM (CRIM UTeM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada YBrs. Prof. Dr. Zahriladha Bin Zakaria atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang lantikan sebagai Pengarah CRIM UTeM.
Bak kata pantun Melayu:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Semoga YBrs. Prof. akan terus cemerlang dalam lapangan seterusnya dan semoga ukhuwah yang dijalinkan akan terus berkekalan.
Jasamu dikenang, budimu disanjung.
Terima kasih Prof. Zahril.
Ucapan tulus ikhlas daripada seluruh warga kerja

Continue reading

Tahniah dan Selamat Datang kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Noreffendy Bin Tamaldin

Tahniah dan Selamat Datang kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Noreffendy Bin Tamaldin


BACK

Seluruh warga kerja Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM (CRIM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Datang kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Noreffendy Bin Tamaldin yang telah dilantik sebagai Pengarah CRIM UTeM berkuatkuasa 1 Julai 2023.
Semoga YBrs. Prof. dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang dan menyumbangkan idea serta tenaga demi kepentingan Universiti.

Continue reading

Webinar Matlamat Pembangunan Mampan : Integrasi Dalam Penyelidikan 

Webinar Matlamat Pembangunan Mampan : Integrasi Dalam Penyelidikan 


Back

CRIM akan menganjurkan webinar bertajuk Matlamat Pembangunan Mampan : Integrasi Dalam Penyelidikan pada 16 Ogos 2023.  Webinar ini bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik UTeM berkenaan mengintegrasikan matlamat pembangunan mampan atau (sustainable developtment goals) dalam penyelidikan supaya dapat membantu mengatasi isu-isu berkaitan alam sekitar, kesihatan, pendidikan dan kemasyarakatan yang wujud di Malaysia dan dunia.

 

Semua staf akademik dijemput untuk menyertai webinar ini pada

Tarikh : 16 Ogos 2023

Masa  : 10.00 – 11.30 pagi

Link    : https://events.teams.microsoft.com/event/5a46c7b3-e230-4f9b-b491-e1ff6ef5e587@677eeb56-f2df-4675-9e0c-ccd600a91580

Continue reading