Skip to main content

Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV

Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV


Back

19 Januari 2023
Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV telah berlangsung di Dewan Seminar FPTT, Kampus Teknologi UTeM dengan kerjasama Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan.
Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik pihak CRIM UTeM di bawah Program “Road to KPT Grants 2023”.
Bengkel bagi siri kali ini adalah berfokuskan kepada domain sains sosial & pengurusan. Penceramah dan mentor jemputan ialah Dr. Nurul Fadly Habidin dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pengisian bengkel dipadatkan dengan lima pembentangan utama yang merangkumi penerangan elemen dalam proposal, panduan/tips penulisan bagi setiap elemen dalam proposal, contoh-contoh gaya penulisan proposal yang berjaya, dan perkongsian kaedah penjajaran elemen dalam proposal melalui jadual khas.

Pihak CRIM UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBrs. Dr. Nurul Fadzly Habidin kerana telah sudi meluangkan masa dalam menjayakan Bengkel Persediaan Proposal Geran FRGS 2023 Siri IV. Semoga sesi bengkel ini telah memberikan manfaat kepada penyelidik UTeM dalam membuat persiapan untuk permohonan Geran FRGS 2023 kelak.



Continue reading

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUMITOMO FOUNDATION


Sumitomo Foundation telah membuka permohonan dana penyelidikan antarabangsa berkenaan sains sosial atau kemanusiaan yang berhubungkait dengan Jepun.Tarikh tutup bagi permohonan geran penyelidikan ini adalah pada 31 Oktober 2021. (17:00 Japan Standard Time).Dokumen permohonan boleh dimuat turun melalui pautan yang berikut:

https://bit.ly/3iw2ANh

Penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang berikut:

http://www.sumitomo.or.jp/e/