Jerayawara Informatif – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)

Jerayawara Informatif – Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK)


14 Disember 2022

Sesi Jerayawara Informatif CRIM diteruskan lagi di Institut Pengurusan Teknologi Dan Teknousahawanan (IPTK). Siri jerayawara kelima ini turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Safiah Sidek, Dekan IPTK. Seperti edisi terdahulu, pihak CRIM UTeM telah menerima pelbagai input berguna dalam memantapkan lagi strategi dan insentif berkenaan ekosistem penyelidikan & inovasi di UTeM. Jutaan penghargaan dizahirkan kepada Dekan IPTK dan semua staf IPTK yang dapat meluangkan masa mengikuti sesi jerayawara kali ini.

Continue reading

PENYELIDIK UTeM TINGKAT TAHAP KESELAMATAN BANGUNKAN SMART CHILD CAR SEAT WITH AMBIENT MONITORING SYSTEM

Penyelidik UTeM Tingkat Tahap Keselamatan Bangunkan Smart Child Car Seat With Ambient Monitoring System


MELAKA, 24 Disember. Inisiatif sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Smart Child Car Seat with Ambient Monitoring System bagi membantu sistem keselamatan tempat duduk kanank-kanak di dalam kenderaan.

Smart Child Car Seat with Ambient Monitoring System merupakan tempat duduk kereta kanak-kanak yang disambungkan dengan pelbagai penderia (sensor) bagi memantau keadaan di dalam kenderaan dan turut dilengkapi dengan aplikasi khas yang akan menghantar notifikasi di telefon pintar pengguna.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengesan suhu, pengesan tahap carbon dioxide dan juga allkohol malahan melalui aplikasi ini juga pengguna dapat mengesan lokasi kenderaan masing-masing kerana ia turut didatangkan bersama GPS tracker.

Jelasnya kejayaan penyelidik UTeM membangunkan sistem ini membuktikan bahawa UTeM mempunyai pakej kemahiran dan kompetensi tinggi dalam bidang yang mereka pelajari selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Projek penyelidikan dan pembangunan sistem ini dibangunkan oleh Pengurus Penyelidik yang merupakan Jurutera Pengajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), Kamilah Jaffar bersama Nurul Kausar Ab Majid, Amalia Aida Abd Halim dan Rohaina Binti Jaafar yang juga Jurutera Pengajar (FTKEE) serta berperanan sebagai Pembantu penyelidik.

Turut terlibat dalam menjayakan projek ini adalah 4 orang pelajar tahun empat dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik iaitu Tan Kim Loong, Syukur Samsudin, Muhamad Hilmi Hasnan, Muhammad Saudi Lai Mohd Fikri, juga seorang pelajar tahun tiga dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)iaitu Hadirah Zaharuddin juga dari fakulti yang sama.

Menyentuh mengenai pembangunan penyelidikan ini, Kamilah Jaffar memberitahu projek ini dibangunkan pada Julai 2021 yang lalu dan siap pada 2 Disember 2021 juga telah membuat pembentangan dan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka.

Hasil dari pembentangan itu, JPJ menyatakan projek ini dapat meningkatkan tahap keselamatan penggunaan kenderaan dan telah terpilih dalam top 5 finalis Pertandingan Shell Selamat Sampai Varsity Challenge 2021 yang akan berlangsung pada 20 Januari 2022 akan datang.

Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.

Penyelidikan yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata.

#BERITAKAMPUS

Sumber : Bernama

Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2022 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 20 Disember 2021.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my. Maklumat lanjut berkenaan permohonan Skim Geran FRGS dan PRGS telah diemelkan kepada semua staf akademik UTeM.

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN SUMITOMO FOUNDATION


Sumitomo Foundation telah membuka permohonan dana penyelidikan antarabangsa berkenaan sains sosial atau kemanusiaan yang berhubungkait dengan Jepun.Tarikh tutup bagi permohonan geran penyelidikan ini adalah pada 31 Oktober 2021. (17:00 Japan Standard Time).Dokumen permohonan boleh dimuat turun melalui pautan yang berikut:

https://bit.ly/3iw2ANh

Penyelidik yang berminat untuk memohon boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang berikut:

http://www.sumitomo.or.jp/e/


UTeM BANGUNKAN SISTEM FERTIGASI IoT BANTU TINGKATKAN KEBERKESANAN SISTEM PEMBAJAAN DAN HASIL TANAMAN SEKTOR AGROMAKANAN NEGARA

UTeM Bangunkan Sistem Fertigasi IoT Bantu Tingkatkan Keberkesanan Sistem Pembajaan dan Hasil Tanaman Sektor Agromakanan Negara


MELAKA, 20 September: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Sistem Fertigasi Internet of Thing (IoT) bantu tingkatkan keberkesanan sistem pembajaan dan hasil tanaman sektor agromakanan negara.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata, Sistem Fertigasi IoT ini dapat membantu golongan petani untuk memantau data asas pertanian dan mengawal proses pembajaan secara dalam talian melalui komputer atau telefon pintar sahaja.

Jelas beliau, sistem ini memberikan impak besar buat sektor agro dalam negara kerana ianya sangat membantu dan menjimatkan masa bagi pengurusan dan pengendalian kebun atau ladang.

“Kejayaan UTeM membangunkan sistem ini sama seperti membawa teknologi moden ke dalam sektor agromakanan negara serta bertindak sebagai pemangkin kebolehcapaian Dasar Agromakanan Negara 2.0,” katanya dalam kenyataan yang diberikan baru-baru ini.

Projek penyelidikan dan pembangunan Sistem Fertigasi IoT ini dibangunkan oleh Ketua Penyelidik yang merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) Dr. Fakrulradzi Idris bersama Ir. Dr. Anas Abdul Latiff yang juga pensyarah FKEKK serta berperanan sebagai Pengurus Projek ini dan Pembantu Penyelidik Siswazah FKEKK, Muhammad Amirul Buntat.

Menyentuh mengenai penyelidikan pembangunan sistem Fertigasi IoT ini, Dr. Fakrulradzi menyatakan kerja penyelidikan projek ini bermula sejak akhir 2019 sehingga kini dan ianya merangkumi 3 fasa pengujian bagi menguji kemampanan Sistem Fertigasi IoT ini.

“Pengujian fasa 1 bermula dari Disember 2020 hingga Mei 2021 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman terung mini berjumlah 120 beg poli.

“Pengujian fasa 2 pula melibatkan keberkesan sistem untuk komuniti luar dan projek ini bermula dari Jun 2021 sehingga Disember 2021 di Kebun Komuniti Taman Tasik Utama (TTU), Ayer Keroh, Melaka milik TTU Agro Farm melibatkan penanaman 500 beg poli cili centil dan cili kulai.

“Sementara itu, pengujian fasa 3 bermula dari Ogos 2021 sehingga Januari 2022 di Tapak Satelit Bumi FKEKK dengan penanaman rockmelon dan timun kecil berjumlah 90 beg poli,” ujarnya.

Mengupas mengenai tahap keberkesanan pelaksanaan Sistem Fertigasi IoT ini, Dr Fakrulradzi berkata, berdasarkan pengujian untuk fasa 1 dan fasa 2 menampakkan pengurangan penjimatan penggunaan baja sebanyak 30% manakala hasil tuaian pula lebih daripada kadar biasa dan tempoh penanaman pula berjaya disingkatkan.

Ujarnya, projek ini dibiayai oleh UTeM menerusi Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) program 2020 mengambil masa pembangunan sistem ini dalam tempoh 15 bulan.

Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.

“Teknologi yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata,” ujarnya lagi.

sumber : News@UTeM

Lain-Lain


Digital Clock with Glowing Effect | CodingNepal

Ikuti Kami


Waktu Operasi

8:00AM - 5:00PM | ISNIN - JUMAAT

Kata Kunci

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi,
Blok A, Aras 1,
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tel : +606 - 270 1301
Faks : +606 - 270 6075
Emel : crim@utem.edu.my


0035329
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 1
This Month : 29
This Year : 149
Total Visit : 35329
Hits Today : 2144
Total Hits : 928599
Server Time: 23-05-29

Kemaskini Terakhir:

Copyright © 2021 CRIM | Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi