asiatogel88

jangkrik4d

ekotogel

Perbincangan kolaborasi penyelidikan di antara UTeM dengan Polman Babel

Perbincangan kolaborasi penyelidikan di antara UTeM dengan Polman Babel


29 November 2022

Sekitar sesi perbincangan kolaborasi penyelidikan di antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan Politeknik Manufaktur Negeri Bangka Belitung (Polman Babel), Indonesia yang telah diadakan secara dalam talian. UTeM telah diwakili oleh pihak CRIM (Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan, Ir. Dr. Anas Abdul Latiff, En. Azman Mat Aris & En. Mohd Khairy Ismail) dan Pusat Kecemerlangan (Prof. Madya. Dr. Raja Nor Firdaus Kashfi Raja Othman, Prof. Madya. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Alkahari, Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Naim Che Pee @ Che Hanapi, Dr. Noor Azwan Shairi & Dr. Mohd Najib Ali Mokhtar). Delegasi Polman Babel pula diketuai oleh Dr. Irwan dan En. Dedy Ramdhani Harahap. Sesi ini turut dihadiri oleh En. Mohd. Mubarak Shamsuddin dan En. Zulfadhli Hamzah dari Education Malaysia Indonesia.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk bentuk kerjasama penyelidikan yang boleh diadakan di antara penyelidik UTeM dan pihak Polman Babel di samping peluang mobiliti staf/pelajar serta program pemindahan ilmu.

Continue reading

Pertandingan PTJ Terindah Sudut 5ST

Pertandingan PTJ Terindah Sudut 5ST


3 Disember 2022

CRIM telah menyertai Pertandingan PTJ Terindah Sudut 5ST sempena ulang tahun ke-22 UTeM. Semangat kerjasama staf CRIM dibuktikan dengan gotong royong menghias sudut berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Semoga penyelidik yang datang berurusan di CRIM mendapat info berkenaan Teras Strategik 2 dan 5 yang diteraju oleh Pejabat TNCPI.

Continue reading

Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri II

Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri II


2 Disember 2022

Sekitar sesi Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri II yang telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium FKP. Bengkel bagi edisi kali ini adalah berfokuskan kepada domain Teknologi & Kejuruteraan dalam bidang Elektrik & Elektronik. Sesi bengkel dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Prof. Dr. Zahriladha Zakaria, Pengarah CRIM dan diteruskan dengan sesi taklimat bersama penceramah jemputan, Prof. Ir. Dr. Ismail Musirin iaitu salah seorang panel penilai dana penyelidikan KPT. Agenda berikutnya ialah sesi pemurnian proposal FRGS bersama penceramah jemputan yang dijalankan pada sebelah petang. Seramai 35 orang penyelidik UTeM telah menyertai sesi bengkel ini.

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Prof. Ir. Dr. Ismail Musirin yang telah sudi meluangkan masa untuk menjayakan Bengkel Persediaan FRGS 2023 Siri II ini.

Semoga sesi bengkel yang dianjurkan ini memberi manfaat kepada semua penyelidik UTeM dalam membuat persiapan untuk permohonan Geran FRGS 2023 kelak.

Continue reading

Aktiviti menanam pokok kesidang

Aktiviti menanam pokok kesidang


1 Disember 2022

Sekitar aktiviti menanam pokok kesidang di Kolej Kediaman Satria, UTeM. Aktiviti ini merupakan salah satu acara yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun penubuhan UTeM yang ke-22.

Pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Penubuhan UTeM yang ke-22 buat seluruh warga UTeM.

UTeM Together! UTeM Fly! 💪

Continue reading

Perkongsian Pengurusan Geran Penyelidikan bersama pegawai-pegawai SEAMEO SEN

Perkongsian Pengurusan Geran Penyelidikan bersama pegawai-pegawai SEAMEO SEN (Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Special Educational Needs)


5 Disember 2022

Sekitar Sesi Perkongsian CRIM UTeM berkenaan Pengurusan Geran Penyelidikan bersama pegawai-pegawai SEAMEO SEN (Southeast Asian Ministers of Education Organization Regional Centre for Special Educational Needs) di IPGK Perempuan Melayu, Durian Daun. Pihak CRIM UTeM telah diwakili oleh Prof. Dr. Zahriladha Zakaria, Pengarah dan Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan, Timbalan Pengarah. Turut hadir ke sesi perkongsian ini ialah Dr. Hajah Hanani Harun Rasit (Pengarah SEAMEO SEN, Malaysia), En. Mohd Zulkarnain Abdul Wahab (Ketua Bahagian Penyelidikan dan Inovasi) dan En. Mohd Anis Abdul Razak (Programme Associate).

Jutaan terima kasih dan penghargaan dizahirkan kepada pihak SEAMEO SEN di atas jemputan kepada pihak CRIM UTeM untuk sesi perkongsian ini.

Continue reading

Jerayawara Informatif CRIM (FTMK)

Jerayawara Informatif CRIM – Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK)


5 Disember 2022

Sesi ketiga Jerayawara Informatif CRIM telah diadakan pada hari ini bersama staf dari Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FTMK) di Dewan Seminar FTMK. Bagi edisi kali ini, pelbagai cadangan dan pertanyaan telah diutarakan oleh staf FTMK kepada pihak CRIM. Semoga sesi ini menjadi platform yang bermanfaat untuk perkongsian maklumat berkenaan peranan CRIM UTeM dalam ekosistem P&I di UTeM.

Jutaan penghargaan dirakamkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Ahmad Naim Che Pee, Pengurus C-ACT dan staf FTMK yang dapat hadir ke sesi ketiga Jerayawara Informatif CRIM.

Continue reading

Jerayawara Informatif CRIM – Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)

Jerayawara Informatif CRIM – Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP)


6 Disember 2022

Sekitar sesi keempat Jerayawara Informatif CRIM yang telah diadakan bersama staf dari Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) di Bilik Jamuan Auditorium FKP. Sesi kali ini telah disampaikan oleh Ir. Dr. Anas Abdul Latiff, Timbalan Pengarah CRIM.

Jutaan penghargaan dirakamkan kepada Dr. Mohd Najib Ali Mokhtar, Pengurus CoSSID dan staf FKP yang dapat hadir ke sesi keempat Jerayawara Informatif CRIM.

Continue reading

UTeM’s Expert in National Highlight

UTeM’s Expert in National Highlight


December 2022

We are glad to announce our researchers, Associate Professor Dr Imran Mohd Ibrahim and Dr Noor Azwan Shairi has been appointed in National SUB-WORKING COMMITTEE FOR RADIOFREQUECY ELECTROMAGNETIC FIELD (RF-EMF) under Ministry of Health and chaired by MCMC.

This working group will examine the health issues and policy on RF-EMF radiation in workplace, residential and public areas. Both of them are UTeM’s experts in this area.

Continue reading

lawatan kunjung hormat ke Pejabat Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT – BKPI

Lawatan kunjung hormat ke Pejabat Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT – BKPI


9 Disember 2022

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM (CRIM, UTeM) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat Pengarah Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT – BKPI, YBrs Prof Madya Eur Ing Ir Ts Dr Shahiron Shahidan.

Delegasi dari CRIM, UTeM diketuai YBrs Prof Dr Zahriladha Zakaria dan disertai oleh Timbalan Pengarah – YBrs Prof Madya Ts Dr BT Tee dan YBrs Ir Dr Anas Abd Latif serta beberapa pegawai.

Pihak CRIM ingin menzahirkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah BKPI atas perkongsian dan dukungan yang diberikan agar agenda kecemerlangan penyelidikan di Malaysia dapat terus diperkasakan.

“Excellence is never an accident. It is always the result of high intention, sincere effort, and intelligent execution.” – Aristotle

Continue reading

Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Edisi ke-4.

Bengkel Penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Edisi ke-4.


12 Disember 2022

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada ahli senat/ wakil atas sumbang-saran dan kerjasama baik yang diberikan. Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof Ir Dr Ghazali Omar, Timbalan Naib Canselor (P&I) dan YBrs Prof Dr Zahriladha Zakaria, Pengarah CRIM selaku moderator.

Semoga edisi terkini dokumen garis panduan yang bakal dihasilkan ini dapat membantu penyelidik secara signifikan dalam melonjakkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan di UTeM.

“The strength of the Team is each Individual Member, The strength of Each Member is the Team.” – Phil Jackson

#researchforall

Continue reading

Lain-Lain


Digital Clock with Glowing Effect | CodingNepal

Ikuti Kami


Waktu Operasi

8:00AM - 5:00PM | ISNIN - JUMAAT

Kata Kunci

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi,
Blok A, Aras 1,
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tel : +606 - 270 1301
Faks : +606 - 270 6075
Emel : crim@utem.edu.my


0035450
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 0
This Month : 1
This Year : 270
Total Visit : 35450
Hits Today : 335
Total Hits : 1097547
Server Time: 23-10-01

Kemaskini Terakhir:

Copyright © 2021 CRIM | Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi