11 & 12 SEPT 2024
CRIM telah menganjurkan Bengkel Pascanilai MyRA 2023 dan Tindakan MyRA 2024 yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Sekretariat MyRA UTeM, Juruaudit MyRA UTeM, Pengurus Data, Fakulti, CoE, dan PPSKR.
Bengkel ini bertujuan untuk mencapai dua objektif utama:
1. Pengumpulan data RDCI dengan ketepatan ±3% selepas audit.
2. Penghasilan data RDCI oleh penyelidik sehingga mencapai 80% markah MyRA (5 bintang).
Sesi bengkel dimulakan dengan pembentangan data MyRA 2023 dan 2024 yang menekankan jurang dan sasaran yang perlu dicapai, disampaikan oleh Pengarah CRIM. Taklimat mengenai kaedah pelaksanaan bengkel juga diberikan, dengan pendekatan gabungan HIRARC dan Faktor Persekitaran Heksagon yang merangkumi aspek manusia (people), proses (process), dan teknologi (technology).
Dalam sesi ini, setiap fakulti dan PTj membentangkan hasil mereka di hadapan semua peserta, membuka ruang perkongsian pandangan serta amalan terbaik untuk meningkatkan kualiti RDCI di fakulti masing-masing.
Semangat dan dedikasi yang diterapkan dalam bengkel ini mengingatkan kita kepada kata-kata inspirasi dari Lisa Su, CEO AMD: “If you have the right strategy, right people, right focus, and execution you will be able to do something amazing!”
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan memberikan komitmen yang tinggi!
