Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai langkah merealisasikan jaringan kolaborasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program ini bertujuan menghubungkan jurang pengkomersilan produk penyelidikan dengan kerjasama akademia dan industri, seiring dengan tuntutan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah membuka permohonan Geran Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Fasa 1 Tahun 2023, bermula pada 4 September 2023 sehingga 30 November 2023 (penghantaran full proposal).
TARIKH-TARIKH PENTING URUSAN PERMOHONAN GERAN MYLAB PERINGKAT CRIM 2 Oktober 2023: Penghantaran slaid Project Pitching
3 – 4 Oktober 2023: Penilaian & pembentangan peringkat Universiti
6 Oktober 2023: Penghantaran slide ke KPT
Penyelidik yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui slaid project pitching kepada pihak CRIM UTeM (Emel: seksyengerancrim@utem.edu.my) selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2023 (Isnin). Format slaid dan dokumen permohonan boleh dimuat turun melalui pautan berikut: https://shorturl.at/uzVXZ.