Skip to main content

Assalamualaikum wrt. wbt dan Salam Sejahtera.    

YBrs. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,    

Adalah ingin dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat (Penyelidikan & Inovasi) Bil. 1/2023 telah bersetuju untuk menambahbaik kadar kemudahan bayaran yuran penerbitan artikel jurnal melalui Tabung Penerbitan Fakulti & Tabung Penerbitan CRIM.  Kadar sebelum ini RM1,000 telah diluluskan untuk ditambahbaik kepada RM1,500 mulai 10 Februari 2023 sebagai inisiatif penggalakan penerbitan hasil penyelidikan di UTeM.  

Proses permohonan dan kelulusan dikekalkan seperti sedia ada iaitu menerusi permohonan di URIS.  Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Puan Noor Izwanni Amil (2701937izwanni@utem.edu.my).  Terima kasih.