Assalamualaikum kepada semua Penyelidik yang dihormati ,
Untuk makluman dan tindakan kepada semua penyelidik yang berminat.
Adalah dimaklumkan permohonan MTUN Matching Grant 2/2020 (Fasa ke 5) secara rasminya telah dibuka semula kepada semua penyelidik yang berminat dan mempunyai kerjasama dengan industri.
Minimum jumlah pembiayaan/permohonan adalah RM50,000:
(UTeM: RM50,000, Industri: RM50,000)
Jumlah Pembiayaan RM100,000.
Dinyatakan juga senarai KPI dan juga lain-lain maklumat yang perlu difahami:
Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Projek untuk menghasilkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Projek Penyelidikan seperti yang dijanjikan dalam kertas kerja permohonan projek. Output & Proses penyelidikan merangkumi :-
(i) Projek perlu menghasilkan sekurang-kurangnya satu (1) kertas kerja jurnal berindeks
(ii) Satu (1) Terbitan Prosiding
(iii) Memorandum Perjanjian (MoA)
(iv) Satu (1) Prototaip/Produk
(v) Satu (1) IP
(vi) Tempoh projek selama 18 bulan
(vii) Agihan bajet akan disalurkan berdasar kepada industri memasukkan padanan gerannya terlebih dahulu.
Proses ini berlaku selepas MoA ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak.
(vii) Penempatan aset adalah merujuk kepada Pengurusan Aset UTeM.
(viii) Pembelian bekalan adalah merujuk kepada Perolehan UTeM.
Mohon rujuk Garis Panduan MTUN Matching Grant mengikut nilai yang diminta seperti yang di lampiran.
Semua permohonan hendaklah diserahkan kepada CRIM untuk proses selanjutnya.
Tarikh tutup permohonan pada 16 April 2021 (Jumaat) . Sekiranya mempunyai permasalahan atau persoalan bolehlah terus berhubung kepada Prof Madya Dr. Tee Boon Tuan.
Sekian, terima kasih.