Skip to main content

International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB)


Geran Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants

Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan ahli kepada International Centre for Genetic Engineering and Biotechnology (ICGEB). ICGEB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang membantu negara-negara membangun dalam bidang penyelidikan dan latihan berkaitan kejuruteraan genetik serta bioteknologi.

ICGEB telah membuka permohonan bagi Collaborative Research Programme (CRP) – ICGEB Research Grants dan CRP-ICGEB Early Career Return Grants bagi tahun 2023. Fokus bidang penyelidikan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah dalam bidang berikut:
(i) Basic Life Sciences
(ii) Human Healthcare;
(iii) Industrial & Agricultural Biotechnology; dan
(iv) Bioenergy.

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat dan kelayakan permohonan bagi pembiayaan yang ditawarkan adalah seperti di pautan https://www.icgeb.org/…/2023/01/CRP-Guidelines_2023.pdf.

Semua permohonan dilaksanakan secara online di pautan https://isg.icgeb.org/auth/login sebelum atau pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 April 2023 (Ahad). Garis panduan bagi permohonan atas talian boleh dirujuk di pautan https://www.icgeb.org/…/CRP_online_submission….