JENIS GERAN
|
SUB KATEGORI
|
PUNCA DANA
|
TAFSIRAN
|
Geran UTeM
|
PJP
|
Dana disalurkan oleh UTeM
|
- Geran penggalakan kepada Penyelidik Muda.
- Penerima adalah Penyelidik yang tidak memiliki sebarang geran penyelidikan semasa.
|
PJP High Impact
|
- Melahirkan kumpulan penyelidikan yang cemerlang.
- Meningkatkan dan memperkasa kualiti penyelidikan dan inovasi (P&I) agar UTeM dapat menerajui kecemerlangan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti.
|
PJP-Top Down
|
- Membangun dan meningkatkan penghasilan quick win yang menyokong nic UTeM.
- Merupakan projek penyelidikan yang membantu kepada penyelesaian masalah semasa di UTeM.
|
Geran Sanjungan Penerbitan
|
- Merupakan pemberian insentif penerbitan pada tahun yang dinyatakan.
- Insentif penerbitan jurnal ini layak diberikan kepada penyelidik UTeM yang telah melepasi KPI aras minimum penerbitan serta menerbitkan dalam jurnal SCOPUS/ISI tanpa bayaran yuran.
|
Geran UTeM
|
IRMG
(Padanan Industri)
|
Dana disalurkan oleh UTeM (menggunakan Dana Rakan Universiti Penyelidikan –MyRA)
|
- Merupakan projek penyelidikan usaha sama di antara UTeM dan Rakan Industri yang akan membiayai kos projek secara sama rata iaitu 1:1 dalam tempoh yang dipersetujui.
- Kemasukan dana secara tunai daripada industri ke Bendahari UTeM mengikut nisbah padanan secara sama rata.
- In-kind dari pihak industri adalah digalakkan sebagai tambahan.
- MoA perlu ditandatangani antara pihak UTeM dan Rakan Industri dalam tempoh 6 bulan projek dijalankan. Dokumen MoA perlu dibincangkan dengan pihak PUU sebelum Mesyuarat JKTSPI.
- Kemasukan dana akan berlaku selepas MoA ditandatangani. Projek didaftarkan selepas dana dimasukkan ke Bendahari UTeM.
|
AORG
|
- Dana ini diberikan kepada Penyelidik untuk menjalankan projek penyelidikan berskala kecil dalam masa yang singkat dengan jaringan pihak industri.
- Geran ini memerlukan Penyelidik bekerjasama dengan industri melalui kaedah penyelidikan.
- Tiada sebarang dana daripada Pihak Industri tetapi digalakkan mempunyai (In-kind) daripada industri.
|
Padanan
IPT Antarabangsa
|
Dana disalurkan oleh UTeM (menggunakan Dana Rakan Universiti Penyelidikan –MyRA)
|
- Merupakan projek kerjasama dengan IPT antarabangsa dan mempunyai MoA/MoU.
- Tiada transaksi peruntukan daripada pihak IPT antarabangsa tetapi memberi kredit kepada UTeM.
|
Padanan
IPT Tempatan
|
- Merupakan projek kerjasama dengan mana-mana IPT tempatan dan mempunyai MoA.
- Tiada transaksi peruntukan daripada pihak IPT luar tetapi memberi kredit kepada UTeM.
|
Geran Nasional
|
FRGS
|
KPM
|
- Geran penyelidikan asas yang menghasilkan teori, konsep dan idea baru dalam penyelidikan.
|
ERGS
|
- Skim Geran Penyelidikan Eksploratori ini dapat menggalakkan penyelidikan awal serta menggalakkan penerokaan ilmu yang boleh memberi sumbangan kepada peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.
|
TRGS
|
- Program ini mesti melibatkan minimum tiga (3) projek di bawah kluster yang berbeza dari institusi yang sama.
- Penyelidikan TRGS merupakan penyelidikan asas dan eksploratori yang boleh menghasilkan teori, konsep dan idea baru demi perkembangan ilmu.
|
PRGS
|
- Dana yang diwujudkan bagi pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuan makmal/penyelidikan sehingga sebelum prapengkomersialan.
- Ini termasuk pembuktian konsep (proof of concept), penilaian (evaluation), skala naik (up-scaling), ujian pra-klinikal (pre-clinical testing) dan ujian lapangan (field testing).
|
LRGS
|
- Geran Penyelidikan berkonsepkan pasukan (minimum 3 IPT)
- LRGS adalah penyelidikan yang bersifat fundamental, melibatkan skop yang menyeluruh; dan tempoh masa yang panjang (3-5 tahun) serta memerlukan komitmen yang tinggi.
- LRGS boleh menghasilkan teori dan idea baru yang terkehadapan dalam nic-nic yang strategik untuk perluasan sempadan ilmu.
|
Geran Nasional
|
MyLAB
|
KPM
|
- Program penyelidikan yang berfokuskan kepada 4 bidang teknologi yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 makmal penyelidikan di pelbagai IPT atau industri yang berkaitan.
|
MTUN
|
- Inisiatif MTUN ini melibatkan usaha kerjasama secara kolektif MTUN dalam membantu Rakan MTUN meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan hasil penyelidikan merangkumi penerbitan, penemuan inovasi/IP, geran penyelidikan, bilangan PI dan sebagainya.
- Dana penyelidikan disumbangkan oleh setiap Rakan MTUN untuk projek penyelidikan.
- Berlaku transaksi di Bendahari Ketua Penyelidik
|
RACE
|
- Inisiatif RACE ini melibatkan usaha kerjasama secara kolektif Universiti RU dalam membantu RakanRU meningkatkan budaya penyelidikan dan seterusnya dapat meningkatkan output hasil penyelidikan merangkumi penerbitan, penemuan inovasi/IP, geran penyelidikan, bilangan PI dan sebagainya.
- Usaha ini dapat mempercepatkan RakanRU untuk mencapai tahap setanding dengan RU yang lain.
- Pelaksanaan inisiatif RACE ini melibatkan usaha menggerakkan penyelidikan yang mana universiti perlu mempunyai sekurang-kurangnya 30% penyelidik yang boleh menjadi “champions” bagi memacu agenda penyelidikan di universiti masing-masing.
|
RAGS
|
- Dana Pembudayaan Penyelidikan ialah dana tunas yang bertujuan untuk membudayakan penyelidikan di kalangan penyelidik muda di Universiti Awam (UA) bukan Universiti Penyelidikan (RU) sebagai persediaan untuk membangunkan prestasi penyelidikan supaya dapat berdaya saing di peringkat kebangsaan.
|
Geran Nasional
|
KTP
|
- Geran penyelidikan yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan intelek berkualiti bagi mendukung dan menjayakan aspirasi negara untuk menjadi makmur dan kompetitif.
- Memberikan latihan berdasarkan industri kepada graduan bagi meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, kemahiran keusahawanan dan kebolehpasaran graduan.
|
CREST
|
CREST , UTeM dan Swasta/ Industri
|
- Geran untuk projek penyelidikan yang boleh menyumbang kepada bidang tujahan CREST.
- Dana penyumbang 50% dari industri dan selebihnya dari CREST dan UTeM.
|
CLMV
|
KPM & ASIA TENGGARA
|
- Geran untuk projek penyelidikan yang boleh menyumbang kepada membantu negara CLMV dan negara rakan terpilih dalam mewujudkan penemuan idea-idea baru dan memberi tumpuan kepada penyelidikan berimpak tinggi dan inovatif dalam tempoh yang ditetapkan.
- Pemberi dana sepenuhnya dari KPT.
- Sekurang-kurangnya kerjasama dari 3 buah universiti tempatan.
|
ScienceFund
|
MESTECC
|
- Geran untuk projek penyelidikan yang boleh menyumbang kepada penemuan idea-idea baru dan memberi tumpuan kepada penyelidikan berimpak tinggi dan inovatif.
|
TechnoFund
|
- Geran yang bertujuan merangsang pertumbuhan industri perusahaan negara dengan meningkatkan tahap R&D.
- Projek untuk pembangunan teknologi sehingga peringkat pra-pengkomersilan dengan potensi komersial mewujudkan perniagaan baru dan menjana kekayaan ekonomi negara.
|
Geran Nasional
|
SmartFund
|
MESTECC
|
- Dana Smart Challenge adalah inisiatif kerajaan kepada usahawan dan penyelidik bagi membiayai projek-projek penyelidikan dalam bidang keutamaan dan keperluan strategik yang telah dikenalpasti (teknologi baru, proses, produk) dengan jangkaan bahawa hasil penyelidikan akan dapat menyelesaikan isu nasional dan mengenalpasti penyelesaian jangka masa panjang.
- Projek-projek yang dicadangkan mestilah specific, measurable, achievable, realistic and timely (SMART).
- Projek-projek yang dicadangkan mestilah dirangka dengan baik, disahkan secara saintifik, dan berdaya saing dengan teknologi dan penyelidikan terkini.
|
GoFund
|
- Dana ini disediakan bagi membantu pemohon mengurangkan jurang kegagalan (valley of death) antara fasa pra pengkomersialan kepada pengkomersialan.
|
InnoFund
|
- InnoFund adalah satu skim dana yang membiayai pembangunan atau penambahbaikan produk baru atau sedia ada, proses atau perkhidmatan dengan unsur-unsur inovasi.
- Projek itu mesti mempunyai nilai ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat
- InnoFund boleh dikategorikan kepada Enterprise InnoFund (EIF) dan Community InnoFund (CIF).
|
Geran Industri / Swasta
|
PPRN
|
KPM
|
- Merupakan projek penyelidikan yang berlandaskan kepada penyelesaian masalah industri tempatan.
- 10% dana daripada swasta dan 90% daripada KPT.
|
Kontrak
|
Pihak swasta
|
- Merupakan projek penyelidikan yang anugerahkan kepada Ketua Penyelidik di UTeM dalam tempoh tertentu.
- Dana daripada swasta sepenuhnya.
- Berlaku transaksi kewangan ke Bendahari UTeM
- Penganugerahan dana perlu beserta Memorandum Perjanjian (MoA) dan berkaitan projek penyelidikan yang telah dipersetujui.
|
Geran Industri / Swasta
|
Geran Khas
|
Pihak kerajaan/ Pihak swasta/
NGO
|
- Tawaran geran yang dianugerahkan untuk projek penyelidikan dengan tujuan memberi penyelesaian kepada permasalahan organisasi/syarikat pemberi dana.
- Dana daripada pemberi dana sepenuhnya.
- Berlaku transaksi kewangan ke Bendahari UTeM.
- Mengikut jangkamasa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
- Perlu mempunyai surat niat, MoA atau MoU.
|
Geran Antarabangsa
|
|
Pihak Antarabangsa
|
- Geran daripada pihak Industri/Universiti/Pusat penyelidikan Antarabangsa.
- Tawaran geran yang dianugerahkan kepada UTeM dan diketuai oleh ketua penyelidik bagi menjalankan sesebuah projek penyelidikan.
- Dana kewangan penyelidikan sepenuhnya daripada pihak Antarabangsa.
- Berlaku transaksi kewangan ke Bendahari UTeM.
- Kemasukan dana akan berlaku selepas MoA ditandatangani.
- Projek didaftarkan selepas dana dimasukkan ke Bendahari UTeM.
- Perlu mempunyai surat niat, MoA atau MoU.
|