asiatogel88

jangkrik4d

ekotogel

Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran Kepada Rakan Yang Akan Menunaikan Haji


24 Mei 2023 | Syukur alhamdulillah pada hari ini diberikan kesempatan dan kelapangan untuk mengadakan majlis doa selamat bagi meraikan saudara Mohd Arif, Pegawai Penyelidik CRIM yang akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. Beliau akan berangkat bersama isteri dan keluarga ke Tanah Suci pada 27.5.2023.
Seluruh warga CRIM mendoakan semoga beliau dan keluarga diberikan kesihatan, kelapangan, dimudahkan urusan ketika menunaikan ibadah serta mendapat haji mabrur. Semoga selamat pergi dan kembali ke tanahair.
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
(Surah Ali-Imran: 97)