Skip to main content

Majlis Meraikan Staf CRIM Yang Bakal Bersara


14 Disember 2023 | Sekitar Majlis meraikan staf CRIM yang bakal bersara iaitu En. Muhammad Nizam Mansor, Pembantu Tadbir Kanan (KUP). Beliau telah menyertai PTj ini sejak 29 Januari 2013 dan akan bersara pilihan pada 2 Januari 2024.
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Muhammad Nizam atas tanggungjawab dan komitmen yang beliau telah curahkan sepanjang lebih 10 tahun berada di CRIM. Semoga En. Muhammad Nizam dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan serta terus sukses dalam apa jua lapangan.
Biru sungguh si bunga telang,
Putihnya melur di hujung dahan,
Jasa baktimu sentiasa dikenang,
Budi yang baik kekal di ingatan.