Penyampaian Surat Tawaran Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) UTeM 2021
Majlis Penyampaian Surat Tawaran Geran Penyelidikan Jangka Pendek (PJP) UTeM 2021 yang dianjurkan oleh Pejabat TNCPI dan CRIM pada 14 Disember 2021 berlangsung di Bilik Jamuan Utama. Surat tawaran disampaikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Ghazali Bin Omar, yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Zahriladha Bin Zakaria, Pengarah CRIM.
CRIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penerima dan semoga penyelidikan berjalan lancar dan memberikan hasil yang berimpak.