Skip to main content

Majlis Perasmian Malaysian Technical University Conference on Engineering and Technology (MUCET) 2023 dan Elsevier-MTUN Symposium 2023


11 November 2023 | Sorotan Majlis Perasmian Malaysian Technical University Conference on Engineering and Technology (MUCET) 2023 dan Elsevier-MTUN Symposium 2023 yang telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Renaissance Hotel Johor Bahru. Turut hadir ke majlis ini ialah keempat-empat Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) MTUN.
Sempena majlis perasmian ini, YBrs. Ketua Pengarah turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Dasar Amalan Terbaik Penyelidikan dan Inovasi MTUN yang gerak kerja pembangunan buku ini telah bermula sejak awal tahun 2022 lagi.
Sekalung penghargaan kepada pihak UTHM atas penganjuran MUCET bagi edisi kali ini dan Tahniah dirakamkan kepada pihak UniMAP selaku penganjur MUCET bagi tahun 2025.