Skip to main content

Majlis Perasmian Pejabat Baru CRIM Dan Hari Bersama Pembantu Penyelidik


18 Mei 2023 | Sekitar Majlis Perasmian Pejabat Baru CRIM yang telah disempurnakan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Ghazali Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTeM. Turut hadir di Majlis Perasmian ialah Prof. Dr. Zahriladha Zakaria (Pengarah CRIM), Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan (Timbalan Pengarah CRIM), Ir. Dr. Anas Abdul Latiff (Timbalan Pengarah CRIM) dan semua staf Pejabat CRIM.
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada pengurusan tertinggi universiti kerana telah memberikan ruang yang selesa untuk kami memberikan khidmat terbaik kepada penyelidik yang terdiri dari kalangan staf dan pelajar. Kami juga membuka ruang untuk mana-mana yang pihak bagi manfaatkan ruang dan fasiliti yang ada di pejabat CRIM secara guna-sama.
Selesai majlis perasmian, satu sesi taklimat dan dialog terbuka bagi pemantapan tadbir-urus bersama pembantu penyelidik siswazah (GRA) telah diadakan bersama semua GRA. Sesi ini telah disampaikan oleh Ir. Dr. Anas Abdul Latiff dan En. Mohamad Fhaizal Che Haron (Penolong Pendaftar CRIM).