22.3.2022 | Hari ini telah diadakan jamuan kecil-kecilan di pejabat CRIM bagi menandakan kesyukuran kedatangan bulan Ramadan yang dijangka akan bermula pada 23 Mac ini. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diberikan rezeki untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan semoga ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Di samping itu turut diadakan acara penyampaian cenderahati kepada En. Mohd Nizam bin Bidin yang akan bertukar PTj iaitu FTMK mulai 14 April 2023. Beliau telah membantu pentadbiran geran penyelidikan terutama geran kebangsaan serta memastikan peraturan dan garis panduan dipatuhi. Semoga En. Mohd Nizam dapat meneruskan komitmen kerja yang diberikan di CRIM di PTj baharu kelak.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.