PENUBUHAN TABUNG ENDOWMENT PENYELIDIKAN (K11006)

 

Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,
 

Y.Bhg. Datuk/Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

 

SUMBANGAN DAN HEBAHAN PENUBUHAN TABUNG ENDOWMENT PENYELIDIKAN UTeM

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Dimaklumkan bahawa Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) telah ditubuhkan bagi mengumpul dana serta memberi peluang kepada syarikat korporat, agensi luar, orang ramai, individu, alumni termasuk staf UTeM untuk menghulurkan sumbangan dengan objektif merancakkan lagi aktiviti kesarjanaan ilmu di UTeM.

 

3. Penubuhan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini juga dapat membantu serta mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan rizab universiti untuk aktiviti penyelidikan serta melestarikan aktiviti penyelidikan di samping membantu menaikkan penarafan bintang MyRA.

 

4. Sehubungan itu, mohon jasa baik Y.Bhg. Datuk/Dato'/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghulurkan sumbangan serta menghebahkan kepada agensi luar berkaitan dengan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini.

 

5. Sebarang sumbangan kepada UTeM bagi tujuan Endowmen Penyelidikan boleh dibuat dalam bentuk Cek/ Draf Bank dan dipalangkan atas nama Bendahari UTeM atau sekiranya pembayaran melalui pindahan atas talian/ Electronic Funds Transfer(EFT) / Telegraphic Transfer (Rentas)/ Interbank GIRO (IBG) dikreditkan terus ke akaun berikut:

 

Nama Akaun               : Universiti Teknikal Malaysia Melaka

No. Akaun                   : 04042010000833

Nama Bank                 : Bank Islam Malaysia Berhad

                                      Cawangan Ayer Keroh, Melaka

Swift Code                  BIMBMYKL

Rujukan                       : Endowmen Penyelidikan

 

(Sila kemukakan slip pembayaran sebagai bukti sumbangan telah dibuat untuk makluman dan rekod pihak kami)

 

Sila emel atau poskan bukti pembayaran ke alamat berikut:

 

Pejabat Bendahari

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Hang Tuah Jaya

76100 Durian Tunggal

Melaka

Emel: pejabatbendahari@utem.edu.my

 

Segala kerjasama didahului dengan ribuan terima kasih.

 

Sekian.

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka