Pelancaran Buku Dasar Kerjasama dan Amalan Baik Penyelidikan & Inovasi MTUN.
Buku ini adalah hasil cetusan idea oleh Jawatankuasa TNCPI MTUN, dan penghasilannya bermula seawal 2022. Beberapa siri bengkel telah diadakan sepanjang tempoh tersebut. Terdapat 47 amalan terbaik P&I MTUN diikongsikan.
Dengan terhasilnya buku ini, MTUN secara bersama sentiasa komited dalam usaha kerjasama erat. Bak kata peribahasa melayu, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Begitulah gambaran kesepakatan kami selaku Warga MTUN.