PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2024 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2024 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)
Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2024 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 30 Oktober 2023 sehingga 30 Januari 2024.
Permohonan ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta). Penyelidik daripada Institusi Penyelidikan (RI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) boleh terlibat sebagai Penyelidik Bersama. Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my.
Tarikh tutup penghantaran permohonan melalui MyGRANTS (peringkat CRIM UTeM) adalah pada 11 Disember 2023.