GARIS PANDUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN PENERBITAN JURNAL BERIMPAK TAHUN 2022 DAN 2023


1.0   PENGENALAN

Universiti menerusi perakuan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 3/2022 terhadap keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Bil. 3/2022, telah meluluskan peruntukan dana pembiayaan penyelidikan termasuk dana penerbitan di jurnal yang mempunyai Quartile 1 dan Quartile 2 (Q1 & Q2) di dalam WoS (Core-Collection: SCIE/SSCI) untuk tahun 2022 dan 2023.  Inisiatif ini merupakan salah satu tindakan strategik Universiti untuk merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan menerbitkan hasil penyelidikan yang berkualiti agar penyelidik UTeM menjadi pilihan pihak luar untuk dijadikan sumber rujukan.

2.0   SYARAT PENERBITAN

2.1  Pemohon merupakan main author atau corresponding author artikel.

2.2  Jurnal yang diterbitkan oleh penerbit yang tersenarai di Journal Citation Report (JCR) sahaja bagi kategori berikut:
       (a) Science Citation Index Expanded (SCIE)
       (b) Social Sciences Citation Index (SSCI)

2.3  Artikel sekurang-kurangnya telah diterima untuk diterbitkan oleh penerbit jurnal.

3.0   SYARAT PERMOHONAN

3.1   Terbuka kepada penyelidik UTeM berstatus tetap dan aktif berdasarkan definasi MyRA (tidak termasuk staf yang sedang cuti belajar/cuti tanpa gaji/cuti
         sabatikal/sangkut industri).

3.2   Tidak mempunyai geran aktif atau tiada peruntukan yuran penerbitan di geran aktif.

3.3   Pembayaran yang boleh diluluskan adalah jumlah sebenar yuran, terhad kepada RM5,000.00.

3.4   Penyelidik hanya boleh memohon sekali sahaja peruntukan ini.

3.5   Kemudahan ini dibuka berdasarkan peruntukan kewangan yang diterima serta akan ditamatkan sekiranya tiada peruntukan baharu daripada Universiti.

4.0   KAEDAH PERMOHONAN DAN PEMBAYARAN

4.1   Penyelidik perlu memohon menerusi URIS di sub modul Journal Fee Application.

4.2   Dokumen berikut perlu dimuatnaik:

(a) Artikel penuh
(b) Surat/Email pengesahan penerbitan artikel daripada penerbit jurnal
(c) Invois/Penyata berkenaan kadar yuran
(d) Bukti jurnal tersenarai di WoS (rujuk https://jcr.clarivate.com)

4.3   Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

(a) Bayaran balik kepada penyelidik

(i) Borang Pengesahan Pembayaran (UTeM/Zon/Pengesahan Bayar/2017)
(ii) Surat Kelulusan daripada CRIM
(iii) Resit/Penyata Bank
(iv) Muka depan artikel

(b) Pembayaran Terus kepada penerbit jurnal.

(i) Borang Pengesahan Pembayaran (UTeM/Zon/Pengesahan Bayar/2017)
(ii) Surat Kelulusan daripada CRIM
(iii) Resit/Penyata Bank

5.0   Carta Alir

Lain-Lain


Digital Clock with Glowing Effect | CodingNepal

Ikuti Kami


Waktu Operasi

8:00AM - 5:00PM | ISNIN - JUMAAT

Kata Kunci

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi,
Blok A, Aras 1,
Hang Tuah Jaya,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Tel : +606 - 270 1301
Faks : +606 - 270 6075
Emel : crim@utem.edu.my


0035328
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 1
This Month : 28
This Year : 148
Total Visit : 35328
Hits Today : 1026
Total Hits : 924955
Server Time: 23-05-28

Kemaskini Terakhir:

Copyright © 2021 CRIM | Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi