Turut serta adalah Prof Ir Dr Ghazali Omar (TNCPI UTeM), Prof Dr Zahriladha Zakaria (Pengarah CRIM), Timbalan-Timbalan Pengarah CRIM, i.e Prof Madya Dr Tee Boon Tuan dan Ir Dr Anas Abdul Latif serta sekretariat MyRA UTeM, Pn Noor Izwanni Amil dan En Mohd Arif Mohd Azman.
MyRA atau Malaysia Research Assessment adalah instrumen yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi mengukur pencapaian serta impak ekosistem penyelidikan & inovasi universiti secara holistik dan sistematik. Impak dari MyRA juga membantu dalam penarafan universiti peringkat global melalui QS dan THE.
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan tertinggi universiti terutama melalui Naib Canselor UTeM yang sentiasa memberikan sokongan padu bagi merealisasikan kecemerlangan penyelidikan & inovasi UTeM. Kami juga ingin merakamkan terima kasih kepada Naib Canselor UTeM kerana sudi menerima cenderahati yang sederhana tetapi signifikan, iaitu Mug CRIM – edisi khas yang dilancarkan baru-baru ini.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.