Skip to main content

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PRGS FASA 1/2023


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) bagi Fasa 1 Tahun 2023 kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta) mulai 15 Mac 2023 sehingga 14 Mei 2023.

Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my.
Maklumat lanjut berkenaan permohonan Skim Geran PRGS telah diemelkan kepada semua staf akademik UTeM.