Pembukaan Tawaran Pasca Doktoral UTeM 2023


Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk Wira/Datuk/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan, 

Sukacita dimaklumkan bahawa UTeM mempelawa mana-mana calon yang berkelayakan bagi memohon Skim Pasca-Doktoral di UTeM. Skim ini bertujuan untuk melantik calon-calon yang berkelayakan menjalankan aktiviti-aktivti penyelidikan dalam ‘niche’ yang telah ditetapkan oleh universiti bagi memantapkan lagi ekosistem penyelidikan dan penerbitan di UTeM.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakanBorang Permohonan dan Garis Panduan Skim Pasca-Doktoral UTeM untuk tindakan dan rujukan calon-calon yang berminat. UTeM. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 MAC 2023. Permohonan yang lewat akan diproses bagi kemasukan pada tahun berikutnya. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM). 

Sebarang pertanyaan pihak YBhg Datuk/Dato’/Profesor/Prof. Madya/Dr./Ir. /Tuan dan Puan boleh menghubungi En. Azman bin Mat Aris di talian 06-2701765 atau azmanaris@utem.edu.my untuk penerangan lanjut.

Lain-Lain


Digital Clock with Glowing Effect | CodingNepal

Ikuti Kami


Waktu Operasi

8:00AM - 5:00PM | ISNIN - JUMAAT

Kata Kunci

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka,
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
Tel : +606 - 270 1301
Faks : +606 - 270 6075
Emel : crim@utem.edu.my


0035265
Visit Today : 1
Visit Yesterday : 1
This Month : 26
This Year : 85
Total Visit : 35265
Hits Today : 126
Total Hits : 835686
Server Time: 23-03-26

Kemaskini Terakhir:

Copyright © 2021 CRIM | Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi