Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM (CRIM UTeM) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada YBrs. Prof. Dr. Zahriladha Bin Zakaria atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang lantikan sebagai Pengarah CRIM UTeM.
Bak kata pantun Melayu:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Semoga YBrs. Prof. akan terus cemerlang dalam lapangan seterusnya dan semoga ukhuwah yang dijalinkan akan terus berkekalan.