Skip to main content

PENYELIDIK UTeM TINGKAT TAHAP KESELAMATAN BANGUNKAN SMART CHILD CAR SEAT WITH AMBIENT MONITORING SYSTEM

Penyelidik UTeM Tingkat Tahap Keselamatan Bangunkan Smart Child Car Seat With Ambient Monitoring System


MELAKA, 24 Disember. Inisiatif sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya membangunkan Smart Child Car Seat with Ambient Monitoring System bagi membantu sistem keselamatan tempat duduk kanank-kanak di dalam kenderaan.

Smart Child Car Seat with Ambient Monitoring System merupakan tempat duduk kereta kanak-kanak yang disambungkan dengan pelbagai penderia (sensor) bagi memantau keadaan di dalam kenderaan dan turut dilengkapi dengan aplikasi khas yang akan menghantar notifikasi di telefon pintar pengguna.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM yang menjalankan fungsi Naib Canselor UTeM, Prof Ir Dr Ghazali Omar berkata ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pengesan suhu, pengesan tahap carbon dioxide dan juga allkohol malahan melalui aplikasi ini juga pengguna dapat mengesan lokasi kenderaan masing-masing kerana ia turut didatangkan bersama GPS tracker.

Jelasnya kejayaan penyelidik UTeM membangunkan sistem ini membuktikan bahawa UTeM mempunyai pakej kemahiran dan kompetensi tinggi dalam bidang yang mereka pelajari selari dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Projek penyelidikan dan pembangunan sistem ini dibangunkan oleh Pengurus Penyelidik yang merupakan Jurutera Pengajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE), Kamilah Jaffar bersama Nurul Kausar Ab Majid, Amalia Aida Abd Halim dan Rohaina Binti Jaafar yang juga Jurutera Pengajar (FTKEE) serta berperanan sebagai Pembantu penyelidik.

Turut terlibat dalam menjayakan projek ini adalah 4 orang pelajar tahun empat dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik iaitu Tan Kim Loong, Syukur Samsudin, Muhamad Hilmi Hasnan, Muhammad Saudi Lai Mohd Fikri, juga seorang pelajar tahun tiga dari kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)iaitu Hadirah Zaharuddin juga dari fakulti yang sama.

Menyentuh mengenai pembangunan penyelidikan ini, Kamilah Jaffar memberitahu projek ini dibangunkan pada Julai 2021 yang lalu dan siap pada 2 Disember 2021 juga telah membuat pembentangan dan mendapatkan khidmat nasihat dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka.

Hasil dari pembentangan itu, JPJ menyatakan projek ini dapat meningkatkan tahap keselamatan penggunaan kenderaan dan telah terpilih dalam top 5 finalis Pertandingan Shell Selamat Sampai Varsity Challenge 2021 yang akan berlangsung pada 20 Januari 2022 akan datang.

Mengulas tentang penyelidikan ini jelas menzahirkan UTeM bukan hanya menzahirkan semarak penyelidikan yang berteraskan teknologi semasa selari Revolusi Industri 4.0 malahan ianya memberikan impak langsung kepada komuniti dan industri selari dengan hasrat nasional.

Penyelidikan yang dibangunkan ini adalah setanding dengan teknologi dunia sekaligus melonjakkan nama Malaysia menjadi negara yang mencipta teknologi dan bukan lagi bersandarkan kepada senario pengguna teknologi semata-mata.

#BERITAKAMPUS

Sumber : Bernama

berita, geran penyelidikan, utem