asiatogel88

jangkrik4d

ekotogel

25 Julai 2023 | Sekitar sesi perjumpaan Sekretariat Japan International Cooperation Agency (JICA) bersama pihak CRIM UTeM bagi membincangkan perjalanan proses tadbir urus Geran Penyelidikan SATREPS (Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Riduan Ahmad (FKEKK, UTeM). Geran ini adalah di bawah kerjasama teknikal dalam bidang sains dan teknologi antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Jepun.
Pihak JICA diwakili oleh Encik Nakazawa Shigeki (Penyelaras Projek), Puan Syariza Shariff (Senior Program Manager-JICA Malaysia Office) dan Puan Nazatul Ritha Zakaria (Program Manager-JICA Malaysia Office). Pihak CRIM UTeM pula diwakili oleh Prof. Ts. Dr. Noreffendy Tamaldin (Pengarah CRIM UTeM), Prof. Madya Dr. Tee Boon Tuan (Timbalan Pengarah CRIM UTeM) dan Encik Mohd Khairy Ismail (Pegawai Penyelidik). Turut hadir ke sesi ialah Dr. Noor Azwan Shairi (Pengurus Centre for Telecommunication Research & Innovation – Cetri UTeM).