18 Ogos 2023 | Hari ini CRIM telah mengadakan gotong-royong bagi menambahbaik susun atur ruang CRIM bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada penyelidik dan GRA/RA .
Kini Seksyen Pemantauan Geran & Projek yang banyak berurusan dengan penyelidik atau GRA/RA telah ditempatkan berhampiran dengan pintu masuk CRIM, oleh itu penyelidik dan GRA/RA yang ingin menghantar dokumen berkaitan boleh terus membuat semakan dokumen dan serahan kepada staf yang berkenaan.
Semoga inisiatif ini akan meningkatkan lagi kecekapan penyampaian perkhidmatan CRIM.