Skip to main content

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM (CRIM UTeM) ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan atas segala sumbangan dan jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang lantikan sebagai Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Pengurusan Penyelidikan) CRIM UTeM. Tempoh lantikan beliau bakal tamat pada 31 Disember 2023.
Semoga YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Tee Boon Tuan akan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam lapangan seterusnya.
Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.