Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi UTeM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En Nizam bin Bidin di atas tanggungjawab dan komitmen beliau berikan sepanjang lebih 6 tahun berada di CRIM. Hari ini, 14 April 2023 adalah hari terakhir beliau berada di CRIM dan aturcara simbolik serahan nota tugasan kepada Pengarah CRIM juga telah dilaksanakan. Pada detik-detik terakhir ini juga beliau masih memberikan komitmen yang tinggi dalam bersama-sama menyemak hasil penilaian kertas cadangan FRGS 2023 di dalam sistem MYGRANTS yang tarikh tutup adalah hari ini.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar kerana telah membenarkan penangguhan perpindahan En Nizam sebelum ini.
“Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung
Hendak membeli tikarlah rotan
Budi dikenang bakti disanjung
Kekal subur dalam ingatan”
Didoakan semoga En Nizam diberikan umur yang barakah serta terus sukses di tempat baru, inshaAllah.
Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kompleks Penyelidikan Dan Inovasi, Blok A, Aras 1, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka.