asiatogel88

jangkrik4d

ekotogel

TABUNG ENDOWMEN PENYELIDIKAN


Assalamualaikum wrt. wbt. dan Salam Sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

SUMBANGAN DAN HEBAHAN PENUBUHAN TABUNG ENDOWMENT PENYELIDIKAN UTeM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) telah ditubuhkan bagi mengumpul dana serta memberi peluang kepada syarikat korporat, agensi luar, orang ramai, individu, alumni termasuk staf UTeM untuk menghulurkan sumbangan dengan objektif merancakkan lagi aktiviti kesarjanaan ilmu di UTeM.

3. Penubuhan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini juga dapat membantu serta mengurangkan kebergantungan terhadap dana kerajaan dan rizab universiti untuk aktiviti penyelidikan serta melestarikan aktiviti penyelidikan di samping membantu menaikkan penarafan bintang MyRA.

4. Sehubungan itu, mohon jasa baik Y.Bhg. Datuk/Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghulurkan sumbangan serta menghebahkan kepada agensi luar berkaitan dengan Tabung Endowment Penyelidikan (K11006) ini.

5. Sebarang sumbangan kepada UTeM bagi tujuan Endowmen Penyelidikan boleh dibuat dalam bentuk Cek/ Draf Bank dan dipalangkan atas nama Bendahari UTeM atau sekiranya pembayaran melalui pindahan atas talian/ Electronic Funds Transfer(EFT) / Telegraphic Transfer (Rentas)/ Interbank GIRO (IBG) dikreditkan terus ke akaun berikut:

Nama Akaun               : Universiti Teknikal Malaysia Melaka
No. Akaun                   : 04042010000833
Nama Bank                 : Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Ayer Keroh, Melaka
Swift Code                  BIMBMYKL
Rujukan                       : Endowmen Penyelidikan

(Sila kemukakan slip pembayaran sebagai bukti sumbangan telah dibuat untuk makluman dan rekod pihak kami)

Sila emel atau poskan bukti pembayaran ke alamat berikut:

Pejabat Bendahari
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal
Melaka
Emel: pejabatbendahari@utem.edu.my

Segala kerjasama didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (CRIM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka